500 Nelayan Terjejas Bila Udang Dan Ikan Sungai Dicemari Najis Babi

03/04/17 – Sikap tidak bertanggungjawab para penternak babi di kawasan Kampung Segamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang telah mengakibatkan sumber pendapatan kira-kira 500 nelayan darat di Sungai Kreh terjejas teruk.

Penternak babi di kawasan tersebut bertindak sesuka hati dengan melepaskan najis serta sisa kumbahan haiwan tersebut terus ke sungai. Tindakan tersebut telah mengakibatkan sungai yang mnejadi sumber rezeki para nelayan dicemari dengan najis babi.

Berdasarkan rugutan para nelayan di situ, situasi tersebut telah berlarutan sejak bertahun-tahun yang lalu dan perkara tersebut telah mengakibatkan hasil tangkapan seperti ikan lampam, baung, talapia dan udang galah di sungai itu berkurangan.

Mahunya tak terjejas, ikan dan udang pun tak hadap la nak hidup dalam air sungai yang dicemari najis babi tu. Ditambah pula, air sungai menjadi kotor dan kehitaman sehingga mengeluarkan bau yang busuk.

Nelayan pun tak lalu nak makan hasil tangkapan yang dicemari najis babi, sudah la bau air sungai tu busuk! Akibat air sungai yang tercemar itu jugalah para nelayan terpaksa mengalami gatal-gatal.

Kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memantau tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah penternak babi telah mengundang kesusahan dan masalah kepada penduduk serta nelayan.

Selama ini, sungai tersebut menjadi punca rezeki dan pendapatan mereka, tetapi akibat sikap penting diri penternak babi dan perangai DAP yang langsung tidak ambil peduli. Pastinya ia mengundang keperitan buat penduduk setempat.

Luahan rasa tidak puas hati turut dikongsikan oleh Pengerusi Koperasi Nelayan Sungai Korok Air Itam Seberang Perai Berhad, Ahmad Nawawi Osman. Beliau mendedahkan air sungai yang dahulunya bersih kini menjadi kotor akibat sisa kumbahan ladang babi di Kampung Selamat.

Sisa najis babi tersebut bukan sahaja mencemarkan Sungai Kreh, malah ia turut mencemarkan sungai di Pengkalan Machang yang juga bersambungan dengan Sungai Jarak dan Sungai Kulim sehingga ke Sungai Perai.

Sampai bila rakyat nak hadap pencemaran najis babi ni?? Kerajaan DAP tak kan nak biarkan sahaja orang Melayu Islam hadap najis babi dari ladang ternakan haiwan makanan Cina DAP tu? – TiraGomez/UtaraNews.com