Adakah Zairil Berusaha Keras Tolak Pindaan RUU355 Kerana Dyana?

19/04/17 – Tak dapat dinafikan lagi kenapa selama ini pemimpin kaki botol dan kaki kelab malam DAP, Zairil Khir Johari bertungkus-lumus berusaha untuk menolak pengubalan Rang Undang-Undang (RUU) 355. Sekarang ini semuanya telah tersebongkar.

Zairil bersusah payah menolak RUU 355 semuanya kerana skandal atau pasangan berfoya-foyanya, Dyana Sofya. Iyela, kalau Zairil tak tolak pindaan RUU 355 tersebut ini bermakna mereka sukar untuk menghabiskan masa untuk berfoya-foya dan mabuk bersama-sama.

Sebelum beberapa keping gambar mesra Zairil bersama Dyana yang dilihat berpelukan sambil bercomolot dan meneguk air kencing setan tersebar di laman sosial, Zairil dalam satu majlis jamuan makan malam kutipan dana Parti Amanah Negara kawasan Bukit Bendera di Straits Quay berucap menegaskan dirinya menolak RUU 355.

Sekarang ni dah pecah tembelang dan terbongkar segala agenda kenapa pemimpin DAP begitu menolak dan menentang pindaan akta yang bakal mengetatkan lagi undang-undang agama Islam dan hukumannya.

Dorang sebenarnya takut yang dorang dah tak boleh lagi nak berfoya-foya seperti yang dilakukan sekarang ini. Sebelum ini tersebar beberapa keping gambar Dyana merokok di tempat awam dan bagi menutup kesalahannya, Dyana kononnya pi ambil ubat untuk berhenti rokok di klinik dan minta nasihat orang ramai bagaimana untuk hentikan tabiat merokok.

Selepas kejadian tersebut, tersebar pula beberapa rakaman video yang menunjukkan Dyana bersama Zairil begitu mesra menari sambil berpelukan ghairah penuh nafsu di sebuah kelab malam. Sekarang ini tersebar lagi beberapa keping gambar terlajak mesra mereka.

Maka ia mengukuhkan lagi dakwaan dan bukti bahawa individu yang dikaitkan dalam video mesra tersebut adalah mereka berdua. Apa pulak penafian Zairil dan Dyana selepas ini?? Apa lagi yang dorang nak kencing rakyat?

Nama je Islam tapi hidup macam orang kafir! Patut la benci sangat pada akta 355… Menentang habis-habisan, rupa-rupanya semua kerana kehidupan mereka yang dah macam orang kafir! Baik murtad je terus, selama ini Zairil dok menolak RUU 355 adalah demi Dyana yang ketagih mabuk! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *