Adik Ipar Yang Terlalu Dimanjakan Keluarga

20/04/2017 – Tidak salah untuk manjakan anak, ibu bapa mana tidak sayangkan anak. Tetapi, jangan sampai memanjakan anak sehingga anak tidak reti untuk berdikari dan menguruskan diri sendiri.

Semua manusia akan mati, jika terlalu manjakan anak dan suatu hari nanti ibu bapa sudah tiada. Anak yang terlalu di manjakan ibu bapa tidak akan pandai untuk menguruskan diri sendiri. Ajarlah anak untuk hidup berdikari dan bukan hanya mengharapkan ibu bapa.

Itulah yang berlaku pada wanita ini apabila keluarga mertuanya terlalu manjakan anak perempuan mereka. Disebabkan itu anak perempuanya itu terlalu bergantung harap pada ibu bapa. Apa sahaja yang diinginkan ibu bapa akan berikan, malah majlis perkahwinan dan beberapa keperluan keluarga anak perempuannya akan diberi oleh ibu bapanya.

“Maaf, aku bukan nak aibkan sesiapa, tapi aku luahkan ini sebab rasa geram dengan adik ipar aku ini. Aku dah kahwin 2 tahun, suami aku adik beradik 5 orang, 4 lelaki, seorang perempuan. Suami aku anak sulung, adik ipar yang aku nak mention ini yang perempuan seorang dalam keluarga.”

“Yes, aku penah juga jadi satu-satunya anak perempuan dalam family aku, dalam tempoh yg agak lama. Tapi seingat aku mak bapak aku tak pernah menjakan aku dengan benda yang bukan-bukan. Dan aku diajar untuk berdikari sama macam abang2 aku, lagi2 bapak aku ni Polis. Garang dia tak payah cerita la.”

“Suami aku orang utara, kampung. Kalau tengok rumah dia memang daif jugaklah. Rumah itu rumah pusaka suami aku pun kerja pembantu awam, sedangkan aku pegawai. Aku pilih dia sebab dia baik dan tulus, bukan nak bangga. Aku ini jenis orang yang tak berkira, yang rapat dengan aku memang tahu aku macam mana.”

“Selepas 2 tahun, bulan lepas adik ipar aku ini kahwin, dan seperti yang kitorang jangka, adik ipar dia memang goyang kaki, tak kerja alasan dia tak suka kena marah, umur baru 20 tahun. Duit kenduri semua belah lelaki, lelaki dia itu kerja kilang, satu kampung. Boleh bayangkan macam mana lelaki dia terpaksa nak cari duit kahwin?”

“Pelamin mak dan ayah dia tanggung memang dah anak perempuan, memang patut keluarga tanggung. Itu aku tak kisah, tapi kau tahu tak perasaan bila kau balik rumah mak mertua kau, adik ipar kau yang nak jadi bini orang ini, goyang kaki kat rumah, kemas rumah pun tak, semua tunggu mak dia. Hari-hari keluar makeup tebal seinci. Ya, adik ipar aku ni memang lawa. Bila aku tanya apa lagi nak tolong, jawabnya ” semua okay dah”.”

“Padahal rumah itu macam kapal pecah, nak kahwin tukar telefon baru, supaya senang selfie. Aku penah cakap kat suami aku tentang adik perepmpuan dia, suami aku kata dia tak boleh tegur, sebab bila tegur mak dan ayah dia akan backing adik perempuan dia. Kadang-kadang aku rasa marah juga sebab mak dia selalu minta duit kat suami aku.”

“Habis kenduri, adik ipar aku ini sibuk nak pergi honeymoon, habis beribu juga aku tahu sebab dia sibuk tanya aku macam mana nak booking. Bila aku tanya mana dapat duit, katanya duit suami dia. Aku yang pegawai gaji lebih dari mampu ini pun dulu tak pergi honeymoon pun. Sebab aku beli barang rumah, dahulukan apa yang patut.”

“Tolonglah lelaki sebelum kau pilih bakal isteri, tengok sikit bakal isteri kau macam mana, kalau dia lawa sekalipun, kau mampu ke nak tanggung duit makeup dia hari-hari? Itu belum bab makan dan barang-barang rumah.”

“Perempuan kau tak payah mengada-ngada nak kahwin awal kalau tak mampu lagi, tak sedia mental fizikal, nak masak dan kemas rumah pun tunggu mak. Semua nak harap duit mak bapak, mana maruah korang. Aku ingat lagi dulu aku ada kawan bangga boyfriend dia belikan macam-macam kat dia, alih-alih tak jadi kahwin.”

“Mak-mak bila dah ada anak perempuan, tolonglah jangan manjakan anak itu, ajarlah dia berdikari, ini anak nak pergi kerja atau keluar pun berhantar naik motor sebab risau kononnya. Aku ini duduk bandar, naik skuter bayar bulan-bulan sendiri pergi kerja okay saja. Tak payah nak overprotected anak kau itu sangat.”

“Kita ini hidup tak payahlah ikut orang sangat, realitinya kita sendiri saja yang tahu. Tolonglah berbelanja dan hidup itu ikut kemampuan sendiri. Jangan nak berlagak sangat macam banyak duit. Sedangkan beras kat rumah habis pun minta orang.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *