Ahli Parlimen PKR Alor Setar HILANG??

02/04/17 – Nasib rakyat negeri Kedah di kawasan Alor Setar saling tak tumpah seperti nasib rakyat di Gelang Patah yang ‘kehilangan’ wakil rakyat mereka sehingga terpaksa menjalankan operasi ‘pencarian Lim Kit Siang’.

Itu ceritanya di Gelang Patah, tapi di Alor Setar pula rakyat terpaksa mencari Ahli Parlimen mereka dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiao Leung yang dikatakan ‘HILANG’ dan gagal untuk dikesan. Sejak menang di Alor Setar, kelibat Hsiao Leung gagal dilihat.

Kena culik agaknya kot… Rakyat mula merungut apabila ahli Parlimen PKR itu yang menyepi dan langsung tidak mempedulikan nasib rakyatnya di kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, Hsiao Leung juga langsung tidak mengambil berat terhadap musibah yang menimpa rakyatnya.

Sejak menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Hsiao Leung dikatakan tidak pernah menjenguk rakyatnya di Alor Setar. Kemana agaknya pergi ahli Parlimen PKR ni yerrr? Tak kan makan gaji buta dan goyang kaki je kot!

Rakyat pilih wakil rakyat adalah untuk membantu mereka…, Bukannya hanya memberi kuasa dan gaji yang tinggi untuk melihat rakyat menderita dan terkontang-kanting berjuang untuk terus hidup tanpa bantuan dari wakil rakyat.

Baik tak payah jadi wakil rakyat kalau hanya nak hilang dan lesap tanpa sebarang berita setelah mendapat ganjaran duit, entah hidup entah mati Hsiao Leung tu sebab senyap sunyi je sekarang ni.., sampai pemimpin BN pulak yang kena ‘take over’ kerja dia menjaga kebajikan rakyat.

Pemimpin dan wakil rakyat macam ni ke yang korang nak kekalkan pada pilihan raya umum yang akan datang?? Langsung tidak tahu buat kerja dan mengabaikan terus kebajikan untuk rakyat. Apa yang dia tahu hanyalah makan gaji buta je. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *