Anina Pasrah Apabila Terus Dipinggirkan Parti Bunga

06/04/17 – Pastinya sekarang ini bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin kecewa kerana namanya tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan sayap Srikandi Malaysia (Srikandi) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Walaupun Anina menafikan perkara tersebut dan mendakwa tidak kecewa dengan keputusan itu, namun jelas bahawa Anina pasrah kerana terus dipinggirkan oleh Parti Bunga Raya tersebut.

Berselindung disebalik kata-kata positif, Anina melalui postingnya di Facebook sempat mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ketua Srikandi PPBM yang baharu, Rina Mohd. Harun yang juga merupakan bekas orang UMNO.

“Tahniah atas pelantikan Ketua Srikandi PPBM yang baru, Rina Harun. Semoga sayap Srikandi akan terbang tinggi,” tulisnya.

Rina dilantik sebagai Ketua Srikandi yang baharu selepas Anina disingkirkan dari jawatan tersebut tanpa sebarang pembelaan sehingga tercetusnya beberapa kontroversi.

Pengumuman mengenai perlantikan tersebut telah dibuat oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hasil daripada perlantikan tersebut, maka lenyaplah teka-teki tentang siapa yang akan menerajui sayap srikandi parti yang bermatlamat mahu mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Anina sebelum ini dipecat daripada jawatan Srikandi PPBM kerana terlibat dalam skandal seks dengan seorang lelaki yang juga dipercayai sebagai pembantunya.

Kesian Anina kan…, Dah la kena pecat macam tu je lepas tu timbul pulak dakwaan kononnya Anina tak pernah dilantik sebagai Srikandi parti bunga tersebut.

Lebih dahsyat, setelah dipecat, Anina disingkirkan dan terus dianaktirikan oleh parti bunga tersebut seperti dia tidak pernah wujud. – TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Anina Pasrah Apabila Terus Dipinggirkan Parti Bunga

  • 15/05/2017 at 4:05 pm
    Permalink

    yg baru rekod bersih ke tak..muflis ke tak ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *