Apa Yang Berlaku Jika Seluruh Projek Terowong Pulau Pinang Dibatalkan Hari Ini?

Oleh Lim Sian See

Setakat ini, ini adalah apa yang kita tahu:
1) permulaan pembinaan 3 jalan raya yang berhubung bagi projek itu telah berkali-kali ditangguhkan dari awal tahun 2015 sehinggalah “sekitar pertengahan tahun 2018, sesuai selepas tarikh terakhir kemungkinan PRU14”.

2) kajian bagi terowong itu terhenti pada tahap 87% siap dan tidak boleh diteruskan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun ini kerana “projek BN 18 tahun yang lalu pada tahun 1999”. Ia adalah pada 84% pada Ogos 2016.

3) sekurang-kurangnya RM135 juta (bersamaan nilai tanah) daripada RM305 juta telah dibayar. Menurut Lim Hock Seng, bayaran ini tidak boleh dikembalikan atau didapatkan kembali.

4) RM135 juta tanah telah disuntik ke dalam projek Penang City of Dreams (kondominium dari RM1,300 setiap kaki persegi ke atas) sebagai balasan kepada 40% daripada projek kondo.

Kelulusan bagi projek ini adalah sangat cepat dan hanya memakan masa beberapa hari berbanding kebiasannya yang mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan telah diberi kelulusan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk kelulusan kepadatan pembangunan yang luar biasa iaitu 156 unit setiap ekar – lima kali ganda lebih daripada garis panduan mereka sendiri iaitu 30 unit.

Projek kondo ini menelan kos RM400 juta untuk dibina tetapi akan mempunyai jualan pembangunan kasar sebanyak RM800 juta – iaitu keuntungan sebanyak RM400 juta.

40% bahagian keuntungan kontraktor itu akan menjadi RM160 juta + RM135 juta = RM395 juta.

Walau bagaimanapun, mereka akan kehilangan RM15 juta dalam bon pelaksanaan kerajaan – sekali gus mengurangkan pendapatan kasar mereka kepada kira-kira RM380 juta.

Jadi, jika keseluruhan projek itu dibatalkan hari ini dan syarikat itu tidak boleh menuntut baki kajian daripada RM305 juta itu, tidak perlu untuk melengkapkan kajian itu, tidak perlu untuk membina seinci pun jalan atau terowong, tidak perlu bimbang tentang orang menyerang projek itu lagi, syarikat konsesi itu akan mendapat pendapatan kasar sebanyak RM380 juta secara sah dan tanpa sebarang penalti selanjutnya.

Cukup bagus untuk sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan pada Ogos 2012.

Sudah tentu jika projek ini diteruskan, ia akan menjadi RM25 bilion lebih tetapi RM380 juta tanpa sebarang masalah lain juga adalah sudah cukup bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *