Asrama Mahaad Tahfiz Terbakar, 30 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang

PASIR MAS 30 April – Seramai 30 pelajar Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (Matais) Mukim Lalang, Banggol Chicha, di sini tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka terbakar awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika semua penghuni sedang tidur namun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan kerana mereka berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Duniya Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 4.23 pagi.

Menurutnya, seramai 17 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran tersebut.

“Ketika kami sampai asrama tersebut sudah hangus 100 peratus. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *