Ayda Jebat Tagih Populariti Murahan Dengan Kisah Cinta 3 Seginya

Kalau ada jodoh tak ke mana. Sebelum ini kita sudah dihangatkan dengan kisah percintaan antara penyanyi popular Ayda Jebat dan penyampai radio ERA FM, Radin.

Ayda yang pernah mengakui sedang mengenali hati budi Radin mencuri perhatian peminatnya dan mendoakan mereka berdua kekal bersama.

Langit tidak selalunya cerah. Perhubungan yang dianggap lebih daripada kawan ini berakhir selepas Ayda dikaitkan dengan pelakon Redza Rosli dan tidak menolak jika jodohnya bersama pelakon lelaki berbakat ini.

Walaubagaimanapun, Radin tidak kecewa jika Ayda mahu memilih Redza sebagai pilihan hati kerana dari dulu mereka berdua hanya berkawan sahaja.

โ€œSaya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta.

โ€œJadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka,โ€ ujarnya kepada mStar Online.

Justeru itu, isu ini membuatkan peminat berasa simpati dengan Radin dan dia menegaskan supaya peminat tidak perlu kasihankannya.

“Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja.”

Dalam masa yang sama, melalui temubual Ayda bersama Mstar, dia tidak menolak dakwaan bahawa kini akrab dengan Redza, lebih -lebih lagi kedua-dua mereka masih solo.

โ€œRasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan โ€˜sekepalaโ€™ (sama perangai) dengan saya.

Adakah mereka bercinta? Ayda memberitahu dia sendiri tidak berani untuk menidakkannya.

โ€œSaya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami,โ€

Kisah cinta 3 segi antara 3 artis muda sering mendapat perhatian media malah isu ini sekaligus menaikkan nama mereka dalam industri seni tanahair.

Secara positifnya, kelebihan ini mampu meningkat populariti indvidu yang sedang berusaha menempah nama di dalam bidang masing-masing. – hc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *