Azizulhasni Awang Bagi Datuk Siti Nurhaliza Hadiah

Siapa yang tidak kenal dengan Azizulhasni Awang yang merupakan atlit negara untuk sukan lumba basikal dan beliau telah menjadi juara dunia acara Keirin. Beliau digelar ‘Pocket Rocketman’

Semalam di akaun instagram milik Azizul, beliau telah berkongsi gambarnya bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Di kapsyen gambar itu pula tertulis bahawa dia berasa sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan Siti dan Azizul membuat kejutan dengan memberikan sarung tangannya kepada Siti.

Azizul juga menyatakan bahawa mereka di dalam perancangan untuk mengadakan aktiviti berbasikal bersama peminat tidak lama lagi.

Tertulis lagi di kapsyennya itu dia berharap agar Siti dan suami dapat memberi inspirasi kepada negara untuk mengamalkan hidup sihat.

Seperti yang dapat kita lihat sekarang, Siti sering berbasikal bersama suami tercinta. Mereka juga selalu melakukan aktiviti riadah berbasikal bersama rakan-rakan.

Wah mesti seronok Siti dapat sarung tangan basikal daripada juara dunia tu kan. Jom la kita sahut seruan untuk hidup sihat tu. – mh