‘Bangla Itu Keluarkan ‘Anu’ Dia Masa Aku Nak Masuk Rumah’

20/04/2017 – Pendatang asing sama ada dengan izin atau tanpa izin memang dilihat semakin bertambah setiap hari. Ada yang datang ke sini kerana betul-betul mahu mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Tetapi, ada juga segelintir seperti sudah berani melakukan kegiatan gangguan seksual pada wanita tempatan tanpa rasa takut. Antara warga asing yang dilihat sering kali melakukan gangguan seksual pada wanita tempatan adalah dari kaum bangla.

Ada yang lebih berani melakukan gangguan seksual di luar pagar rumah yang diduduki oleh wanita. Sering kali menjadi mangsa adalah wanita bujang yang tinggal menyewa dengan rakan-rakan wanita lain. Seorang gadis, iaitu Syida Majid berkongsi detik cemas ketika diganggu oleh bangla sewaktu pulang dari tempat kerja.

“Pengajaran untuk perempuan, nak jalan kaki waktu malam make sure kawasan org ramai dan berlampu. pandang kiri kanan, depan belakang.”

“Aku baru nampak sorang bangla keluarkan ‘anu’ dia masa aku nak masuk rumah.. Dia dekat tangga bawah. Scary dan berderau gila.”

“Idk bangla yang sama or what. Last 2 days masa balik keje around 9pm bangla tu ada dlm bas yg sama. Tapi masa turun dekat sek14 dia stay dalam bas tak ikut turun. Bangla tu duk perhati je. Sekejap pandang, sekejap pandang. Scary la juga sebab balik sorg-sorg je. Harini balik pkul 9.30pm, jalan dekat tepi burger bakar tu, lalu depan kedai nasi kukus. Jalan mcm biasa tak toleh belakang.”

“Naik tangga, lepas buka pintu, nmpk bangla kat tangga bawah, pandang ke arah saya dan main dia punya ‘anu’. Lama pula tu berdiri kt situ. Jantung dah berdegup laju gila, pulaknya roomate sorang pun takde dekat rumah. Speechless and trauma.”

“Lepas cerita dekat roomate, rupanya diorang pun pernah nampak. Jadi rasa macam tak selamat duduk dekat sini ada gangguan seksual.”

Oleh itu, kaum wanita dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika berada di luar. Elakkan bersendirian pada waktu malam dan tak salah untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli “pepper spray” sebagai alat untuk mempertahankan diri. – MissA/UtaraNews.com