Bas jatuh gaung di Filipina akibatkan 45 penumpang terbunuh.

MANILA: Sekurang-kurangnya 24 terbunuh selepas bas membawa 45 penumpang terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan di utara Filipina hari ini.

Pegawai Tindakan Bencana, Mark Raymond Cano, berkata bas penumpang itu mengalami masalah brek ketika menuruni bukit di bandar Carranglan di wilayah Nueva Ecija.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar sebahagian besar penumpang yang parah untuk dibawa ke hospital.

Cano berkata, kemalangan itu adalah antara yang terburuk berlaku di wilayah terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *