Benarkah Wanita Keras Kepala Adalah Calon Isteri Yang Terbaik?

21/04/2017 – Sifat keras kepala memang kadang-kadang agak susah untuk dihadapi, terutamanya jika sikap keras kepala itu adalah dari pasangan anda sendiri. Menghadapi seseorang yang mempunyai sikap keras kepala bukan sesuatu yang mudah.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu seorang wanita yang keras kepala adalah calon terbaik untuk dijadikan pasangan hidup. Ini antara sikap seorang wanita keras kepala yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

Pertama, meraka jujur dan tegas. Selalunya wanita yang keras kepala lebih jujur dalam memberi pendapat. Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak suka berbohong dalam menyampaikan sesuatu dan tegas dalam melakukan keputusan.

Kedua, tetap pendirian. Mereka yang berperwatakkan keras kepala ini biasanya lebih tegas dalam melakukan sesuatu keputusan. Mereka tidak mudah untuk berubah fikiran, malah akan tetap mempertahankan keputusannya.

Ketiga, tidak mudah ditipu. Hal ini kerana mereka ada persepsi tersendiri terhadap sesuatu, terutamanya berkaitan dengan prinsip hidup. Tidak mudah untuk dimanipulasikan mindanya.

Keempat, sangat prihatin. Walaupun dikenali sebagai wanita yang keras kepala dan degil, mungkin akan ada yang menyangkal fakta ini tetapi mereka sangat prihatin terhadap orang sekeliling nya malah lebih dari diri sendiri.

Kelima, mereka lain dari yang lain dan lasak. Mereka lebih menyukai sesuatu yang lebih mencabar dirinya, suka akan kelainan dalam setiap aktiviti dan selalunya mereka akan menjadikan suasana lebih menarik. Kebanyakkan lelaki menyukai wanita yang lebih lasak kerana bagi mereka, ianya bermaksud wanita itu mampu menjaga dirinya sendiri.

Keenam, percaya pada diri. Wanita yang memiliki perwatakkan keras kepala lebih percaya diri dan yakin dengan apa yang dia lakukan sama ada dalam melakukan kerja, malah dalam menggayakan pakaian. Bukan sahaja bijak mengatasi masalah malah berperwatakan menarik. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *