Betulkah Lebih Ramai Pemimpin Kanan PPBM Akan Keluar Parti Dalam Masa Terdekat?

20/04/2017 – Dengar cerita lanjutan daripada pengumuman keluar parti daripada Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulzaman Habibur Rahman, beratus-ratus lagi ahli PPBM bakal umum keluar dari parti tersebut. Betul ke ni??

Dikhabarkan bahawa Kamarulzaman yang juga merupakan pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) akan membawa 821 orang ahlinya yang turut menjadi ahli PPBM keluar dari parti tersebut. Paling tak pun mesti ahli GKCM akan ikut bontot pengerusinya juga, kalau dah ketua keluar parti takkan anak buah nak duduk dalam tu lagi, betul tak?

Apabila Kamarulzaman yang boleh dikatakan orang kuat dalam usaha mewujudkan parti PPBM bertindak keluar dari parti, nampak sangat ada yang tak kena dengan parti tersebut. Pelik sangat kalau pengasas parti sendiri yang keluar parti, korang tak pelik ke?

Kalau setakat Khairuddin dan Ezam yang keluar dari PPBM dulu, huuuuhhh! Tak hairan sangat sebab tahu dah dorang tu hanya gilakan kuasa dan apabila kewujudan serta keberadaan mereka dalam PPBM tidak dipedulikan, malah tidak diberi sebarang jawatan.

Maka mereka buat keputusan untuk tinggalkan PPBM lantas mewujudkan parti sendiri yang pastinya akan menjamin jawatan presiden menjadi milik mereka. Tu tak sebut lagi pasal Anina Saadudin, entah jadi apa dia sekarang ni. Bukan sahaja jawatan Srikandi PPBM dirampas, malah kewujudannya seperti dilupuskan ke logi najis.

Begitulah layanan PPBM terhadap ahli dan pemimpinnya, Kamarulzaman sendiri daripada jawatan Setiausaha Penaja turun ke jawatan Setiausaha Kerja, ada patut? Dari jawatan setara Ku Nan turun ke jawatan setaraf Raof? Sharudin kawan Muhyiddin pulak diberikan jawatan Kamarulzaman.

Nampak sangat berlaku ketidakadilan dan pilih kasih dalam parti PPBM, jadi tak hairan la kenapa Kamarulzaman tinggalkan parti dan tidak lama lagi anak buahnya pasti akan mengekori langkahnya juga. Semuanya kerana pemimpin atasan PPBM menindas dan tidak mendengar rintihan orang bawahan.

Pemimpin PPBM sekarang ini menjadikan ahli-ahli dan orang bawahannya sebagai hamba dan harus menurut segala kehendak serta kemahuan mereka, tak kisah tentang keperluan ahli dan pandangan mereka.

Jadi tak hairan la kalau selepas ini beratus-ratus ahli PPBM akan mengumumkan keluar dari parti tersebut. Hahaha! Belum apa-apa lagi dah berantakan parti yang diwujudkan atas dasar dendam tu. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *