Bridesmaid Tikam Belakang Pengantin

19/04/2017 – Bridesmaid memang cukup sinonim apabila adanya majlis perkahwinan. Bridesmaid ini sering kali terdiri dari teman-teman rapat pengantin perempuan. Rakan-rakan rapat akan dijemput oleh pengantin perempuan untuk dijadikan bridesmaidnya di hari perkahwinan.

Tetapi, lain pula yang berlaku pada wanita ini apabila Bridesmaidnya telah ‘menikam belakang’. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia untuk wanita ini telah bertukar menjadi hari pergaduhan antara pengantin dan bridesmaid kerana sikap bridesmaid yang ‘batu api’.

“Kisah aku bermula bila aku dah dapat tarikh untuk langsungkan perkahwinan. Dari awal memang aku dan keluarga nakkan majlis yang simple, tak keluarkan duit yang banyak kerana tidak mahu membazir. Bridesmaid lagilah tak ada langsung dalam otak aku melainkan pakaian keluarga akulah kena sedondon.”

“Nak dipendekkan cerita, aku pun tak nak lah kecoh sangat pada sesiapa tentang majlis aku ini, kira yang tahu cuma keluarga dan kawan baik sahaja. Tapi aku ada seorang kawan ini jenis tak sabar nak kahwin lah kot, excited terlebih excited daripada aku habis kecohkan pada semua orang yang aku bakal langsungkan perkahwinan. Siap terlebih excited ajak orang lain untuk pakai sedondon (bridesmaid), padahal itu majlis aku.”

“Lepas itu entah siapa-siapa bukan kawan rapat aku pun diajaknya. Aku ini pulak jenis jaga hati orang, tak kan aku nak cakap depan-depan diorang yang aku tak nak diorang jadi bridesmaid. Jadi aku guna cara halus aku cakap, pakaian sendirian berhad disebabkan diorang sendiri yang beria-ia nak jadi bridesmaid. Lagipun aku memang dah cakap majlis aku nak simple, dan tak ada peruntukan untuk baju, kos mekap, pengangkutan bridesmaid.”

“Nak dijadikan cerita, sekarang ‘bridesmaid 1’ yang beria-ia nak jadi bridesmaid itu tikam aku cara halus pulak. Menjaja cerita pada orang yang aku ini jahat kerana layan dia macam sampah, dia bercerita dekat ‘bridesmaid 2’ yang dia ajak itu. Bridesmaid 2 ini aku memang tak rapat langsung, entah dari mana datang tiba-tiba saja muncul.”

“Bridesmaid 2 ini pulak jadi orang tengah yang nak aku dan si Bridesmaid 1 berbaik. Tapi dalam pada masa yang sama, dia tikam aku lagi dalam, cari salah aku lah macam apa yang Bridesmaid 1 cerita pada dia. Sekarang si bridesmaid 2 ini pulak menjaja cerita pasal aku pada kawan-kawan lain. Tapi apa yang dia cakap itu lebih kepada menuduh, dan bila tengok balik apa yang dia tulis pada kawan itu memang tak boleh terima dek akal kira lebih kepada mencari salah saja.”

“Sekarang makin teruk kami bergaduh cara dingin, aku pulak jenis malas nak melayan orang mental cari salah orang ini. Memang malas ambil tahu, tapi bila orang lain yang menyampaikan ini, memang dari situ aku tahu yang si bridesmaid 1 ini tikam dan cuba memburukkan aku. Jadi dia beria nak jadi bridesmaid untuk apa itu yang aku tak faham.”

“Untuk pengetahuan aku bukan jenis sampai-sampaikan or luahkan perasaan kat orang, sebab aku pun tak tahu salah aku dan dia sendiri pun tak ada nak tanya atau luahkan apa yang dia tak puas hati pada aku itu. Okay terima kasih baca kisah aku, aku dah malas nak taip panjang-panjang.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *