China haramkan umat Islam simpan janggut dan pakai burqa

BEIJING – China mengumumkan pengharaman burqa, tudung dan janggut abnormal di wilayah majoriti Muslim, Xinjiang dalam apa yang didakwanya tindakan keras ke atas pelampau agama.

Peraturan baharu yang berkuat kuasa semalam, menggariskan larangan ke atas penyimpanan bulu muka abnormal atau memakai jubah yang menutup seluruh badan dan muka.

Peraturan itu juga menyatakan bahawa pekerja kerajaan di lapangan terbang, stesen keretapi dan tempat-tempat awam yang lain perlu menghalang wanita yang menutupi sepenuhnya wajah dan badan mereka daripada memasuki kawasan dan melaporkannya kepada polis.

Peraturan yang disiarkan dalam media kerajaan itu turut menyatakan bahawa ibu bapa perlu mengamalkan tingkah laku moral yang baik untuk mempengaruhi anak-anak mereka, mendidik mereka untuk menyukai sains, meneruskan budaya, menegakkan perpaduan etnik dan menolak dan menentang ekstremisme.

Dokumen tersebut juga menyatakan larangan kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak ke sekolah biasa, tidak mematuhi dasar-dasar perancangan keluarga dan sengaja merosakkan dokumen undang-undang

Pengharaman berturut-turut sebelum ini telah diperkenalkan di Xinjiang, termasuk menghalang rakyat yang bertudung, memakai purdah dan berjanggut panjang daripada menaiki bas. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *