Chris Brown Berang, Tumbuk Muka Jurugambar

Penyanyi Chris Brown dikatakan bertindak menumbuk muka seorang jurugambar yang mengambil fotonya secara curi-curi di sebuah kelab malam.

Menurut laporan TMZ, ketika kejadian Brown dilaporkan baru selesai mengadakan persembahan di Florida dan menghabiskan masa untuk berhibur bersama rakan-rakannya.

“Ketika kejadian Chris sedang menghabiskan masa bersama rakanya untuk berhibur sebelum datang seorang jurugambar untuk merakam gambar mereka.

“Chris telah meminta jurugambar tersebut untuk berhenti merakam gambar mereka namun dia masih berdegil.

“Akibat daripada itu, Chris telah menumbuk muka jurugambar tersebut sebanyak dua kali di muka sehingga mengakibatkan luka di bibir,” kata sumber.

Tambah sumber, selepas laporan dilakukan pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan namun Brown telah keluar daripada kelab itu.

Bagaimanapun Brown berjaya ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan ketika berada di kelab berhampiran.

Terdahulu, pada tahun 2009, Chris telah mengaku bersalah atas dakwaan mencederakan penyanyi Rihanna. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *