DAP Mungkin Tak Benarkan Dyana Sofya Bertanding Di PRU14

19/04/2017 – Susulan tular gambar menunjukkan seorang wanita menyerupai pemimpin muda DAP bercium dengan seorang lelaki mirip ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari, DAP mungkin tidak benarkan Dyana Sofya Mohd Daud bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan bahawa pucuk pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP akan memutuskan sama ada Dyana Sofya akan dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang.

Kor Ming berkata demikian sebagai mengulas gambar disiar dalam akhbar yang menunjukkan seorang wanita menyerupai pemimpin muda DAP bercium dengan seorang lelaki mirip ahli parlimen DAP, Zairil Khir Johari.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini) tetapi foto keluar berterusan.

“Jadi adalah lebih baik media mendapat jawapan dari mulut mereka sendiri,” kata Kor Ming.

Dalam pada itu, Kor Ming juga cuba mempertahankan Dyana Sofya apabila mengatakan pemimpin muda DAP itu seorang yang aktif dan sering terlibat dalam program rakyat.

“Dyana aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program rakyat bersama ADUN (Pasir Bedamar) Terence Naidu. Beliau amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan,” katanya.

Mengulas gambar tular berkenaan, Dyana Sofya tidak mengesahkan atau menafikan bahawa beliau adalah wanita seperti dalam gambar tersebut.

Beliau berkata, ini adalah “serangan peribadi” ketiga dalam tempoh dua bulan kerana menganggap pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan, saya anggap pilihan raya umum dah nak dekat.

“Tak kira siapa dalam gambar dan video-video yang didakwa adalah saya, ini pencerobohan privasi dalam hidup orang itu.

“Saya sedih budaya politik kita telah sampai ke tahap ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dyana yang juga pembantu Lim Kit Siang tewas kepada Presiden Gerakan, Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada tahun 2014.

Zairil yang telah berkahwin, sebelum ini menafikan beliau adalah individu yang ditunjukkan menari dengan seorang wanita menyerupai Dyana dalam set kedua gambar dan video yang diedarkan di internet Mac lalu.

Namun bagaimanapun, ahli Parlimen Bukit Bendera itu masih belum memberi maklum balas terhadap gambar-gambar terbaru itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *