DAP Pulau Pinang Bawa Kerosakan Lebih Banyak Kepada Negeri Dan Rakyat

19/04/2017 – Sejak parti cauvinis DAP memerintah pada tahun 2008, maka bermulalah episod kemusnahan alam sekitar dan kehidupan rakyat Pulau Pinang. Sedikit demi sedikit DAP telah mengundang kemusnahan dan kerosakan kepada negeri dan rakyat di Pulau Pinang.

Namun kini, DAP cuma untuk menakut-nakutkan rakyat negeri tersebut kononnya kemusnahan akan berlaku jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya segala ‘kemudahan yang disediakan DAP sejak tahun 2008’ akan lenyap.

Hakikatnya apa yang dilakukan DAP selama ini terhadap Pulau Pinang hanyalah kemusnahan! Guan Eng telah memusnahkan kawasan laut dengan melakukan projek penambakan di sekitar persisiran pantai Gurney Drive.

Bukan itu sahaja, Guan Eng turut melakukan renovasi ke atas Komtar dan merubah keadaan dan reka bentuk asalnya serta mengenakan caj yang sangat mahal terhadap rakyat jika mereka mahu menikmati pemandangan di atas puncak Komtar yang dahulunya hanya percuma sahaja.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng turut mencabuli kawasan bukit-bukau dan alam sekitar yang hijau, kawasan tersebut bukan sahaja dirogol malah dibogelkan, ditarah serta dimusnahkan pokok-pokok dan habitat disitu secara haram.

Hairan, bagaimana kegiatan haram yang sudah sampai ke pengetahuan Guan Eng dan kerajaan DAP tapi mereka masih mengambil langkah berdiam diri? Atau sebenarnya dorang memang memberi kebenaran untuk melakukan sedemikian.

Dahulu semasa Pulau Pinang ditinggalkan BN kepada DAP, kawasan di sekitar negeri tersebut masih menghijau dan aman damai. Tapi sekarang semuanya cacamerba dan istilah “bukit botak” juga sudah menjadi terkenal sejak Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dan DAP jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Banjir kilat juga sering berlaku dan tidak lagi perlu mengambil masa hujan untuk beberapa hari, hujan tiga jam tanpa henti sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Pulau Pinang. Semuanya angkara DAP dan Guan Eng!

Musibah yang berlaku atas kesalahan “fenomena alam” seperti yang diperkatakan Guan Eng turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh, jalan runtuh, ‘air terjun segera’ berdekatan kawasan-kawasan kediaman dan perumahan rakyat.

Jadi adakah rakyat akan terus memilih DAP sebagai kerajaan mereka setelah selama 9 tahun memerintah hanyalah kemusnahan sahaja yang dapat dilihat. Rakyat semakin miskin dan hidup merempat manakala geng DAP Pulau Pinang pula yang semakin kaya-raya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *