Dua Juta unit perumahan awam akan dibina di China

SHANGHAI: China merancang membina dua juta unit perumahan awam untuk disewa tahun ini bagi menyediakan kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.

Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kenaikan harga kediaman di beberapa bandar utama China dan pendaftaran isi rumah atau rejim ‘hukou’ menyebabkan banyak keluarga berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah sendiri.

Dalam satu temu bual dengan Xinhua, Timbalan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar serta Luar Bandar, Lu Kehua berkata, rancangan itu adalah sebahagian daripada agenda kementerian terbabit.

Katanya, pihaknya bekerjasama dengan unit perancang ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam program itu.

Kerajaan tempatan di beberapa wilayah katanya, sudah diminta menurunkan had untuk sistem perumahan awam dan memberi akses kepada pekerja pendatang.

China sebelum ini meningkatkan subsidi dan sokongan pinjaman perumahan awam dan pada akhir tahun lalu.

Sejumlah 11.3 juta keluarga sudah memiliki rumah. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *