Ebby Yus Jumpa Doktor Pakar

Pelakon dan pelawak Ebby Yus baru-baru ini difahamkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (ijn) Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Menghubungi pelakon ini, akuinya dia baru sahaja dibenarkan keluar dari IJN.

“Mula ceritanya sakit kaki,  macam nak cramp, duduk tak boleh, baring tak boleh, kena berdiri sahaja, makan pun kena berdiri jugak.  Dua tiga malam tak boleh tidur, jadi bila tahan-tahan sakit, rasa dah attack ke jantung.

“Tu yang terus ke IJN dan kena tahan duduk.  Doktor periksa jantung ok tak ada masalah.  Bila dah kata tak ada apa-apa, saya pun dibenarkan keluar tapi kaki masih sakit lagi ketika itu.

“Sekarang saya buat rawatan di satu tempat pakar saraf dan alhamdulilah tak ada rasa sakit sangat, dah boleh berjalan. Sekarang ini masih teruskan rawatan,” jelasnya.

Alhamdulilah semoga lekas sembuh ya Ebby Yus. – mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *