Faizal Tahir Tak Mahu Dirgahayu Dicalonkan Dalam Pencalonan Muzik-Muzik 32?

“Dirgahayu” adalah single duet dari dua penyanyi tersohor di Malaysia, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2016 dan telah digunakan sebagai lagu tema untuk siri televisyen Malaysia 100 episod, Lara Aishah.

Ditulis oleh Faizal sendiri, ia dirakamkan pada Julai 2016 sebelum ia dikeluarkan sebulan kemudian.

Namun persoalannya, adakah Faizal Tahir bersetuju untuk mencalonkan lagu tersebut dalam program Muzik Muzik 32 di Tv3?

“Kalau ikutkan, saya memang tak mahu mencalonkan lagu itu. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan kata putus kerana perlu berbincang dulu,” kata penyanyi dan komposer popular ini.

Menurut dari artikel Harian Metro, pada awalnya Faizal enggan mencalonkan lagu ini namun dia perlu mengambil kira pandangan pihak lain.

“Memang ramai yang bertanyakan mengenai lagu ini. Kalau ikutkan keputusan saya, memang saya tidak mahu mencalonkannya. Namun, saya tak boleh pentingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pandangan pihak lain.

“Walaupun saya komposer lagu ini, tapi ia masih membabitkan pihak lain seperti Siti dan syarikat rakaman,” katanya.

Sebelum ini Awi Rafael telah dipilih sebagai pengganti berganding bersama Elizabeth Tan mendendangkan lagu Setia di pentas akhir Muzik Muzik tahun lalu. Jadi siapakah pula yang akan jadi pilihan Faizal untuk Lagu Dirgahayu ini? – hc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *