Foto Sebelum Dan Selepas Artis Hollywood Yang Memiliki Punggung Plastik

Jika di Malaysia kita semua sedang sibuk dengan produk memutihkan kulit, lain pula di dunia hiburan Hollywood.Mereka semua berkejaran untuk mendapatkan aset badan yang paling menarik dan mantap!

Antaranya ialah memiliki saiz punggung yang besar dan ianya bukan secara semulajadi. Mereka sanggup berkorban nyawa dan wang dengan membesarkan punggung mereka menggunakan kaedah pembedahan plastik dan implan.

4 gambar sebelum dan selepas selebriti Hollywood yang terkenal dengan saiz punggung yang luar biasa…wow!

#1 Nicki Minaj


Nicki Minaj tidak pernah mengaku yang dia melakukan sebarang pembedahan plastik kepada media. Jadi sekarang dia nak kita percaya payudara dan punggungnya terbentuk kerana masa? Menariknya lagi, punggung Nicki dikategori punggung paling besar di Hollywood!

#2 Iggy Azalea

Rapper berasal dari Australia ini tidak terkecuali di hentam teruk bila media mula perasan perubahan pada bentuk fizikal. Siapalah yang tidak perasan perubahan drastik pada Iggy bila bentuk punggungnya lebih lebar dan tebal dari biasa. Aiyoo~

#3 Kim Kardashian

Ini lagi selebriti yang tidak pernah mengaku memasukkan implan di punggung! Dia sanggup mendedahkan keputusan X-ray punggungya di rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian. Dia memberitahu media dia hanya membuat suntikan bukan pembedahan implan. Namun jelas perbezaan diantara punggung yang disuntik dengan pemasangan implan silikon. Sudahlah…Kim K…

#4 Kylie Jenner

Adik tiri kepada Kim Kardashian ini juga tidak ketinggalan melakukan pembedahan pada punggung dan juga wajahnya! Pada usia yang sangat muda ramai yang percaya Kylie mendapatkan suntikan botox, pembedahan plastik dihidung, suntikan bibir sekaligus implan punggung. Kalau bapanya pun boleh tukar jantina, takkan Kylie pun tak boleh? Hmmm…

Memang suka buat kerja gila para selebriti di atas ini. Apa lah sangat dengan punggung besar. Ada tak diantara pembaca suka dengan wanita berpunggung besar. Kalau suka tu hati-hati, takut dapat yang plastik! – hc