Gabungan Tajul Dan Wany Hasrita Bagaikan Jelmaan Arwah Achik Spin Dan Siti Nordiana

Sudahkah anda dengar lagu baru Tajul dan Wany Hasrita yang berjudul Di sana Cinta Disini Rindu ? Difahamkan lagu ini sudah diperdengarkan sejak 2 bulan yang lalu namun video muzik baru sahaja dipertontonkan menerusi laman Youtube.

Seperti biasa pasti kita mahu melihat reaksi pendengar melalui komen-komen yang tertera. Ramai yang beri komen positif dan ada yang kata seperti nyanyian Arwah Achik Spin dan Siti Nordiana. Betul ke?

Ada juga yang kagum dan meremang bulu roma apabila mendengar dua anak muda ini mempersembahkan vokal masing-masing. Suara Tajul memang saling tak tumpah suara macam arwah abangnya.

Wany Hasrita pulak memang ramai yang kata suaranya ala-ala Siti Nordiana. Cuma suara Wany ni bila menyanyi lebih banyak lenggoknya.

Jom dengar layan video muzik mereka ini yang sehingga kini sudah mencecah 750 ribu tontonan. – hc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *