Gara-gara terima ancaman bom, pejabat Samsung terpaksa dikosongkan

SEOUL: Sebuah bangunan milik syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung terpaksa dikosongkan serta-merta susulan terdapat laporan ancaman bom di dalam premis itu.

Menurut laporan portal Express.co.uk, kejadian itu berlaku di kawasan Greater Gangnam dekat daerah Seocho yang merupakan pusat operasi teknologi maklumat dan elektronik Samsung.

Daerah itu juga menempatkan beberapa ibu pejabat kepada unit operasi korporat firma teknologi tersebut.

Samsung masih belum mengeluarkan kenyatan rasmi berhubung kejadin itu tetapi pusat sokongan bangunan berkenaan mengesahkan bahawa proses mengosongkan premis terbabit bukan satu latihan.

“Situasi yang berlaku adalah benar dan bukan latihan,” kata seorang jurucakap pusat sokongan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *