Giliran Sara Ali Ikut Jejak Langkah Uqasha Senrose

Gambar Sara Ali tidak bertudung bersama seorang lelaki ketika bercuti di Shanghai, China mencetuskan persoalan apakah pelakon berkenaan sudah kembali kepada imej asal. Apakah Sara Ali juga akan mengikuti jejak Uqasha Senrose yang turut membuka tudung hingga mengundang sensasi sebelum ini.

Sara Ali mula bertudung Januari tahun lalu. Perubahannya ke arah kebaikan itu dilihat cukup bagus. Namun dengan penyebaran gambar berkenaan, hati dan iman dia juga sudah rapuh. Saat ditanya kepadanya mengenai kebenaran yang dirinya sudah tidak bertudung, pelakon filem Penunggu Istana dan Songlap itu belum dilihat bersedia memberikan kenyataan.

Malah, dia minta diberikan masa.

“Saya no komen hal ini,” katanya ringkas.

Gambar Sara Ali tidak bertudung itu dimuat naik menerusi laman Instagram lelaki yang berada di sebelahnya ketika bercuti di Shanghai. Kurang pasti apakah status lelaki berkenaan dengan Sara?

“Great moments spent with this extra special one @ilaraa5 (difahamkan laman Instagram private baru Sara Ali). Not thinking of sad departures but thankful for her timely #shanghai visit. xoxox,” tulis lelaki berkenaan.

Malah lebih mengejutkan menerusi laman Instagram lelaki itu, turut kelihatan video yang dimuat naiknya sedang berparti di kelab malam di sana dengan turut tag nama @sararitory (akaun Instagram rasmi Sara Ali). Cuma kurang pasti apakah tag nama Sara Ali itu seperti bermaksud pelakon itu juga turut berada di kelab malam berkenaan.

Sebelum ini, akaun Instagram lelaki itu boleh diakses secara terbuka. Namun ketika isu penyebaran gambar ini sudah mula panas, dia sudah privatekan akaunnya. – rd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *