Guan Eng Pertahankan Akhbar Nanyang Siang Pau Dari Ditutup

13/04/17 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertindak mempertahankan akhbar Nanyang Siang Pau daripada ditutup kerana sebelum ini bertindak mengeluarkan artikel-artikel serta laporan yang berunsurkan kebencian serta perkauman.

Bukan itu sahaja, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga turut menyokong tindakan akhbar Nanyang yang sebelum ini terlibat dengan kontroversi menyebarkan kartun menghina pemimpin negara dan pentadbiran kerajaan negara.

Guan Eng jelas menyokong tindakan menghina yang dilakukan Nanyang apabila mendakwa tidak sepatutnya akhbar tersebut diarahkan untuk ditutup. Sebaiknya arahkan sahaja akhbar seperti Utusan supaya ditutup kerana menyebarkan keburukan dan kegagalan pembangkang.

Hahh! Guan Eng lebih suka akhbar yang menonjolkan keburukan pembangkang untuk ditutup daripada akhbar menghina, menyemai kebencian dan mencetuskan isu perkauman seperti akhbar Nanyang dari ditutup. Kenapa Guan eng nak pertahan sangat akhbar teruk sebegitu?

Kononnya akhbar Nanyang telah memohon maaf, jadi tak perlu untuk ambil tindakan terhadap mereka. Elok sangat la tu lepas minta maaf nanti buat lagi, kemudian minta maaf lagi! Dah tahu dah permainan puak penyokong dan akhbar macai pembangkang ni.

Sementara itu, Guan Eng menuduh akhbar seperti Utusan Malaysia yang banyak menyemai cerita yang mendorong kepada sifat kebencian antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Aikkkk… Bukankah selama ini akhbar Bahasa Cina yang banyak cetuskan isu perkauman ke? Kenapa tiba-tiba akhbar Melayu pula dipersalahkan Guan Eng?

Sebelum ini akhbar Cina tersebut menyiarkan gambar seekor monyet memakai serban yang digambarkan sebagai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di atas pokok 355.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.

Bukan itu sahaja… Dalam kartun berkenaan, Nanyang Siang Pau juga turut menyamakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet yang lari meninggalkan sebuah pokok.

Ia ditafsirkan sebagai tindakan Pandikar yang menangguhan perbahasan pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini ke sidang akan datang. Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *