Guan Eng Semakin Takut DAP Kalah Di Pulau Pinang Pada PRU14

21/04/2017 – Saban hari jika dilihat segala tindak-tanduk parti rasis dan cauvinis DAP, parti di bawah pimpinan pemimpin veteran Lim Kit Siang semakin goyah dan dalam ketakutan.

Ini dapat dilihat apabila kenyataan terbaru Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang seolah-olah sengaja mahu dijadikan ‘punching bag’ parti lawan. Bukan hanya itu sahaja, malah ianya menunjukkan beliau kini berada dalam keadaan gelisah dan tidak yakin dengan kemampuan partinya sendiri.

Seperti kebiasaannya sikap pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP yang ingin mengelak bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan, mereka akan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

Kenyataan terbaru Guan Eng ialah dakwaan dangkal beliau yang mendakwa, kononnya negeri Pulau Pinang akan bertukar menjadi lebih teruk jika Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri daripada Pakatan Harapan.

Dakwaan yang dilemparkan pemimpin parti rasis itu dilihat sengaja cuba menakut-nakutkan rakyat negeri itu kononnya semuanya akan hilang dan musnah jika BN mengambil alih kembali.

Bagaimanapun, contoh-contoh yang diberi tidak masuk akal dan hanya menempelak balik diri beliau sendiri serta kerajaan DAP. Yang paling tidak masuk akal apabila beliau mengatakan Pulau Pinang yang hijau menjadi botak.

Di manakah malu Guan Eng apabila berkata demikian kerana beliau yang mempopularkan perkataan ‘botak’ di kalangan rakyat Pulau Pinang dan sesiapa yang mengunjungi negeri ini.

Jika dilihat keadaan Pulau Pinang kini, buktinya sudah tersebar luas dan amat menyakitkan mata untuk memandang hinggakan menjadi trademark jika sesiapa menyusuri jambatan Pulau Pinang.

“Kawasan bukit-bukau dan alam sekitar yang hijau dirogol, dijarah dan dimusnahkan secara haram atau dengan kebenaran Kerajaan Negeri tidak akan kembali kepada asalnya.

“Kawasan bukit yang dulunya hijau kini menjadi botak bukan semasa kerajaan BN tetapi di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

“Malah istilah ‘bukit botak’ menjadi terkenal sejak Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dan DAP jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” jelas Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Namun jika dilihat sebenarnya lebih banyak kerosakan dan malapetaka akan terus berlaku di Pulau Pinang jika Kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP terus diberi kuasa mutlak memerintah Pulau Pinang.

Malah Guan Eng juka mendakwa bahawa bangunan KOMTAR akan seperti sedia kala.

“Tetapi semua renovasi ke atas KOMTAR tidak akan hilang dan lenyap dan KOMTAR tidak akan kembali kepada keadaan asalnya.

“Walaupun jika dirungkai atau dirombak (dismantled) semua penambahan yang dilakukan oleh syarikat konsesi dengan persetujuan Kerajaa Negeri, KOMTAR tidak akan kembali kepada keadaan asalnya. KOMTAR sudah dicabul keaslian reka bentuknya,” kata Zainal Abidin.

Lagi kegagalan kerajaan DAP mentadbir negeri di bawah pimpinan mereka juga semakin terserlah apabila berlaku malapetaka banjir kilat, tanah runtuh, jalan runtuh dan ‘air terjun segera’.

Untuk menunjukkan bukti kegagalan kerajaan DAP apabila 4 ADUN PKR yang berkecuali dalam usul yang dibawa oleh ADUN BN juga adalah bukti mereka juga tidak bersetuju dengan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di bawah pemerintahan mereka.

Namun bagaimanapun, jika segala dakwaan begitu mudah untuk dipatahkan, kenapa Guan Eng masih mahu mengeluarkan kenyataan dangkal itu? Mungkin ianya lebih kepada taktik untuk mengalih isu dan DAP sememangnya sangat pakar dalam taktik ini.

Di antara isunya ialah usul bagi mendesak peletakan jawatan Ketua Menteri di Sidang DUN Pulau Pinang yang dijadualkan bermula sidang pada 19hb Mei ini, isu beberapa gambar dan infogarfik yang menunjukkan keakrapan ketiga-tiga suspek rasuah dengan Lim Guan Eng DAP dan isu kerajaan DAP masuk campur urusan fatwa dan agama Islam.

Dan yang paling mengejutkan ialah tindakan DAP yang memfitnah Malaysia semasa berada di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 10 Disember 2014.

Ini dapat dilihat apabila Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff telah mendedahkan perkara ini dan mempunyai transkripsi lengkap kenyataan Guan Eng di Singapura itu.

“Beliau bersungguh-sungguh mempertikaikan keupayaan pemimpin kerajaan Malaysia menguruskan ekonomi serta memuji melangit keupayaan pemimpin PAP Singapura menguruskan ekonomi Singapura.

“Guan Eng ketika menjawab soalan seorang peserta turut mendakwa kerajaan Malaysia tidak pernah memberi walau satu sen kepada Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu,” kata Kamarul Zaman.

Kenyataan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP itu adalah fitnah semata-mata dan tidak masuk akal sama sekali.

Tak cukup dengan itu, Guan Eng turut mendakwa kerajaan Malaysia membayar setiap pengundi RM5,000 bagi mengalahkan beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

“Guan Eng turut memberitahu Singapura bahawa kerajaan Malaysia membayar setiap pengundi RM5,000 bagi mengalahkan beliau ddalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

“Malangnya, tuduhan ini tenggelam begitu sahaja tetapi kita harapkan agar isu ini akan dibawa semasa sidang DUN negeri Pulau Pinang kelak,” kata Kamarul Zaman.

Begitu banyak isu yang menempelak Guan Eng dan kerajaan DAP negeri. Disebabkan itu, Guan Eng membuat satu kenyataan kurang cerdik yang menakut-nakutkan rakyat Pulau Pinang untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang disebutkan tadi.

Justeru, rakyat Pulau Pinang diminta perlu berani untuk mengambil tindakan menyelamatkan Pulau Pinang dari kerakusan kuasa DAP di Pulau Pinang bagi mengelakkan malapetaka yang telah dan sedang berlaku dari terus berlaku di masa hadapan di bawah Kerajaan DAP.

Malah pengundi Pulau Pinang juga perlu mengambil pendirian untuk mengundi pembangkang yang lebih kuat kepada Kerajaan DAP di Pulau Pinang, sekaligus menafikan majoriti dua pertiga (2/3) yang dinikmati oleh DAP sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *