Hampir Jadi Mangsa Panggilan Scammer

19/04/2017 – Sekarang ini untuk mendapatkan duit macam-macam cara yang sanggup dilakukan. Jika dahulu ragut, merompak, dan menculik dan sebagainya. Tetapi, dengan teknologi masa kini penjenayah hanya perlu menggunakan teknologi untuk mencuri duit.

Pernah dengar tentang panggilan scammer? Duit yang berada di dalam bank habis apabila menerima panggilan dari scammer mengatakan telah memenangi sejumlah wang.

Wanita ini kongsikan pengalaman ibunya hampir ditipu pihak scammer. Dia bernasib baik kerana menyedari perkara itu sekadar penipuan.

“Saya nak cerita tentang scammer. Tergerak hati nak kongsi pengalaman kepada pembaca semua. Mesti korang tahu kan kes viral yang “hotlink” mesej hantar TAC menyebabkan sorang lelaki ini tinggal RM8 dalam akaun banknya.”

“Ceritanya bermula dengan panggilan telefon yang diterima dari seorang yang kononnya pihak hotlink. Dia telefon mak saya dan mestilah mak yang angkat kan. Nak dijadikan cerita syukur alhamdulillah sebab mak baru tukar telefon nokia tekan kepada samsung. Orang lama suka pakai phone macam itu sebab senang nak tekan kata mereka. Bila bertukar telefon ni mak tak reti nak bukak inbox. Syukur sangat sebab TAC itu kan masuk sebagai mesej.”

Mak: Hello

Scammer: Hello puan. Puan pengguna hotlink kan. Nombor telefon puan dah terpilih menang RM10000 Sebagai syarat puan hanya perlu baca nombor tac yang kami hantar kepada kami untuk tujuan pengesahan.

Mak: saya tak faham benda semua ni. Cakap dengan anak saya.

Scammer: ok. Nanti saya telefon semula. Jangan bimbang. Ini bukan penipuan. Sekarang ni banyak penipuan yang berlaku kan.

“Lepas tu mak datang kat saya yang kebetulan baru lepas ambik wudhuk. Mak cerita serba ringkas kat saya yang nombor hotlink menang. Kebetulan masa itu ayah pun ada. Ayah cakap jangan percaya orang nak bagi duit ini. Orang takkan senang nak bagi duit ini. Saya pun memang dah rasa tak percaya. Nak masuk tandas pun 30sen inikan pulak nak bagi senang2 je duit beribu. Perbualan saya dan scammer.”

Saya: Hello

Scammer: Boleh berikan nombor tac yang dalam mesej tu. Untuk tujuan pengesahan.

Saya: Dah rasa pelik sebab slang indonesia dia pekat sangat. Ini siapa ya.

Scammer: Dia bagitau nama dia dan wakil hotlink. Mana tac nya. Boleh bacakan pada saya.

Saya: Tac mana. Takde pun
Scammer: Itu yang saya hantar itu. Boleh bacakan tac itu.

Saya: Awak ni dari mana. Slang lain je.

Scammer: Oh, saya dari sabah. Itu bahasa saya lain sikit dengan orang semenanjung. Boleh saya nak tac.

Saya: Saya tengok takde pun mesej dari hotlink.

Scammer: Takpe nanti saya mesej balik tac tu. Nanti baca dan beritahu saya.

Beberapa ketika. Tretttt masuk la mesej tac dia tu.

Scammer: Dah dapat tac nya kan. Apa nombornya.

Saya: Duit hadiah tu masuk macam mana. (tukar soalan)

Scammer : Nanti kami akan bank in ke dalam akaun penerima. Boleh ke atm untuk ambil duit tu.

Saya: Mak saya takde kad atm. Macam mana nak ambil duit tu. (kelentong je,dia bukan tahu pun)

Scammer: Kami akan hantarkan cek ke rumah penerima. Tiada masalah.

Saya: Erm, saya taknak lah.

Scammer: Awak tak nak duit tu?

Saya: Taknak. Terima kasih (fikir kalau hantar cek mesti nak alamat rumah. Kang penjenayah yang dapat alamat rumah, sesaje je terdedah pada bahaya.)

Scammer. Oklah taknak. Jangan menyesal. Terus dia letak.

“Saya sampai sudah tak bagi tac tu tapi saya langsung tak terfikir tac tu boleh menyebabkan masalah besar. Alhamdulillah, syukur sangat Allah mengerakkan hati. Di kemudian hari, saya borak dengan kakak pasal scammer ini . Tanya kenapa tac ini diorang nak sangat. Tac itu kan kod penting antara kita dan bank.”

“Jadi ianya maklumat sulit dengan itu, akaun kita senang dicerobohi secara dalam talian (online). Saya kata mak tak ade online banking kan. Kakak saya kata benda itu senang saja nak dibuat kalau dia ada butiran kita. Terus rasa Ya Allah takutnya. Langsung tak terfikir tentang itu. Yang boleh reka akaun kita itu rasa macam kena simbah air. Terkedu tak terkata. Langsung tak terlintas dalam fikiran.”

“Nasib saya alhamdulillah selamat, jadi saya harap yang lain pun selamatkan diri anda dari scammer. Moga kita dijauhi dari anasir-anasir itu semua. Amiin.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *