Helikopter Polis Turki bawa 12 penumpang terhempas.

DIYARBAKIR: Sebuah helikopter polis Turki yang membawa 12 penumpang dan anak kapal, terhempas di wilayah Tunceli di timur negara itu hari ini.

Laporan menyebut, nahas mungkin berpunca daripada cuaca buruk.

Pesawat itu membawa seorang hakim, tujuh pegawai polis, seorang sarjan dan tiga anggota kru, kata pejabat gabenor Tunceli dalam kenyataan.

Kabut tebal di wilayah itu menyebabkan operasi menyelamat lebih sukar, lapor media Turki. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *