‘Hidayah’ Itu Takkan Datang Kalau Kita Tak Cari

14/04/2017 – Sering kali kita mendengar orang akan berkata ‘saya tidak dapat melakukan perkara itu kerana masih belum mendapat hidayah dari Allah’. Sebenarnya hidayah tidak akan datang dengan sendirinya apabila kita tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Apabila seseorang itu sudah berusaha dengan sekuat tenaganya, insya Allah hidayah dari Allah akan diraih olehnya, dan apabila ternyata dia belum mendapatkannya. Harus sabar, ketahuilah bahwa Allah sedang menguji.

Ikuti kisah yang dikongsikan wanita ini mendedahkan hidayah takkan dapat kalau kita tak cari. Bersihkan kita, mohon dengan Allah supaya mudahkan urusan kita utk mengejar redhaNya

“Secara ringkas saya nak perkenalkan diri, saya pelajar degree berumur 21 tahun. Tujuan saya menulis ini hanya untuk berkongsi cerita sebenar berdasarkan pengalaman saya sendiri. Moga dapat memberi manfaat sedikit sebanyak untuk orang lain.

“Bersekolah di sekolah harian biasa membuatkan saya terbiasa dengan persekitaran yang sosial bermaksud memang tak islamiklah orang kata kan. Bergaul lelaki dan perempuan tanpa batas, bercinta, dating sana sini, cakap kasar dengan cikgu, merokok, merempit dan banyak lagi lah. Bagi saya perkara itu normal kerana memang persekitaran yang sudah biasa.

“Memang saya akui saya jahiliah dulu, semua orang pun rasanya ada zaman jahiliah dia dulu kan? Dulu saya memang jenis pakai tudung singkat, seluar ketat, stokin pun pakai waktu sarung kasut sekolah atau kasut sukan, lepak dengan kawan lelaki lepas sekolah dan guna alasan nak study group lah kononnya, padahal nak lepak dengan kekasih.

“Walau bagaimana pun, alhamdulillah saya tahu Allah masih sayangkan saya sebab saya tak pernah terbuat benda-benda yang mengarut atau melampaui batas syukur. Disebabkan jadi terbiasa dengan persekitaran macam ini, satu hari saya terfikir “seronoknya kalau dapat masuk universiti yang ala-ala islamik, pakai jubah bertudung labuh”

“Allah dah makbulkan impian saya akhirnya saya ditempatkan kat universiti yang orang kenali sebagai U yang islamik tapi bukan UIA. Jadi nak cerita kat sini, bermula dengan sedetik niat kat hati nak berubah itu. Allah dah susun dengan cantik flow hidup saya.

Pada awalnya memanglah agak janggal sebab tengok semua orang bertudung labuh, pakai baju longgar, berstokin, dan bersarung lengan semua itu. Tapi akhirnya kat mana pun kita ditempatkan, ambiklah sesuatu yang baik walau benda itu nampak kecil. Benda yang tak elok jangan lah kita ikut.

“Awal diploma dulu masih terbawa-bawa budaya pemakaian biasa, tapi sikit-sikit Allah timbulkan perasaan malu. Rasa malu tak berstokin, rasa malu bertudung singkat, rasa malu berbaju ketat,rasa malu berseluar ketat, rasa malu menampakkan lengan. Dari situ saya belajar sikit-sikit cara nak menutup aurat dengan sempurna.

“Saya tak berubah secara drastik, mula-mula pakai tudung labuhkan sikit. Lepas itu labuhkan sikit lagi dan lama-lama akan terbiasa sampai malu nak singkatkan tudung. Macam itu jugak dengan yang lain, stokin, sarung lengan. Tak lupa jugak, buat solat taubat dan solat sunat yang lain. Semoga dosa-dosa kita sebelum ini diampunkan dan semoga kita kuat untuk berubah.

“Bukan dulu tak menutup aurat, tutup tapi tidak sempurna, ala kadar saja orang kata dan alhamdulillah, doakan semoga saya terus istiqamah. Tak terniat pun kat hati nak berbalik kepada penampilan sebelum ini, namun andai kata saya diuji. Semoga saya dapat laluinya dengan baik,

“Akhir kata, saya nak bagitahu memang ramai saja yang pernah mengadu yang mereka pun nak berubah, nak menutup aurat dengan sempurna. Tapi sampai sekarang masih sama. Jangan kata hidayah belum sampai, hati belum terbuka atau semua alasan yang tak masuk dek akal.

“Hidayah takkan dapat kalau kita tak cari. Macam mana nak cari? Doa dan bersihkan hati kita. Mohon dengan Allah supaya mudahkan urusan kita untuk mengejar redhaNya. Mengadu menangis dengan Allah, bukan menunggu bak bulan jatuh ke riba.

“Hidup kita pun tak lama, jangan tunggu saja hidayah itu datang, takut ajal yang datang menjemput dulu. Semoga perempuan-perempuan muslimah dapat menutup aurat dengan sempurna dan sama-sama kita berkumpul di SyurgaNya nanti, insyaAllah,”tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *