Hidup Tidak Perlu Berlagak Kaya, Jadi Diri Sendiri

19/04/2017 – Tidak dapat dinafikan bahawa memilih kawan adalah penting dalam kehidupan kerana ianya boleh mempengaruhi peribadi seseorang sama ada ke arah kebaikan ataupun kejahatan. Antara sikap yang boleh terpengaruh adalah sikap suka berlagak kaya, sedangkan hidup tidak semewah mana atau miskin sahaja.

Dek kerana mahu berlagak dengan rakan-rakannya, wanita ini sanggup memperlekehkan orang lain dan menyifatkan dirinya hanya membeli barang mahal sedang dirinya tidak mempunyai apa-apa. Perkara ini diceritakan di IIUM.

“Korang pernah tak kenal orang yang suka sangat pura-pura kaya? Orang terdekat seperti saudara mara, kawan tempat belajar, kawan sekerja, jiran tetangga tak kisahlah. Tapi apa motif perlu nak acah-acah kaya ini?”

“Aku ada seorang kawan nak kata rapat itu tak adalah biasa-biasa saja. Aku dah lama perhati perangai dia ini. Aku perasan dia suka menilai orang dari segi kemampuan kita berpakaian, belanja, makan, citarasa dan banyak lagi. Apa yang berkaitan kita semua tak best tapi apa yang berkaitan dia semua macam hebat walaupun sekadar acah-acah hebat.”

“Kami ramai-ramai ceritalah tentang kedai makan kegemaran kami semua. Tapi dia buat muka macam tak berminat kononnya itu bukan level dia. Konon taste dia makan dekat kedai-kedai hispter, cafe, atau hotel. Kenapa perlu macam itu sekali kalau asal pun dari kampung. Aku sebenar tak hairan sangat kalau perangai dia macam itu sebab dia orang bandar, tapi sekarang ini dia orang kampung.”

“Dia suka perlekehkan citarasa orang lain konon macam dia ada citarasa yang sangat menarik. Suka meninggi diri bahawa citarasa dia itu high class. Contohnya, ada satu hari tu aku shopping kasut jenama C***k. Aku spesis jenis malas nak menunjuk barang baru pakai sebab segan.Tapi dia perasan aku pakai kasut baru dan tegur dan dia cakap, aku tak minat kasut macam ini. “Macam orang tua saja kasut kau ni, aku suka kasut brand bla bla bla”.”

“Masalahnya brand yang dia sebut itu, satu pun dia tak ada. Sebut LV, gucci tapi pakai Vincci. Suka hati akulah nak pakai kasut apa pun asalkan kaki aku selesa. Sama juga dengan kes handbag, pakaian, alat solek, perfume, makanan dll.”

“Ada banyak sebenarnya cerita tentang orang macam ini tapi aku spesis malas nak taip panjang-panjang. Nasihat aku tak perlulah membangga diri sangat sebab ramai lagi yang hebat dan berkemampuan dari kita tapi mereka merendah diri. Malulah sebab kita ini bukan ada apa sangat tapi bising saja lebih. Kadang-kadang perkara sebegini buat orang tak selesa.”

Kenapa perlu ukur dari segi kemampuan dan buat perbandingan selagi orang itu rasa selesa dan happy dengan apa yang dia ada, biarkan saja. Kita tak perlu untuk berlakon kaya dan berkemampuan kalau kita tak mampu, hakikatnya jadilah diri sendiri tak berdosa pun. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *