Hindraf Perlu Diharamkan Demi Keselamatan Negara

27/04/2017 – Selain parti rasis dan cauvinis DAP yang di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sering menunjukkan sifat rasis, ekstremis dan memusuhi Islam, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) juga menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan parti rasis itu.

Dek kerana menyifatkan Hindraf sebagai pertubuhan ekstremis, biadap dan boleh mengancam keselamatan negara manakala pengerusinya, P.Waythamoorthy dianggap individu berbahaya, sebanyak 22 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini mendesak kerajaan mengharamkan Hindraf.

Memang wajar gabungan NGO Melayu Islam itu menganggap Hindraf sebagai pertubuhan biadap dan boleh membawa malapetaka serta merosakkan hubungan antara kaum.

Ini boleh dilihat apabila Hindraf merupakan antara suara yang begitu lantang membantah pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik memasuki Malaysia.

Sehubungan itu, P.Waythamoorthy juga diberi amaran supaya tidak masuk campur tangan dalam urusan agama lain.

“Perjumpaan tergempar yang dihadiri NGO Melayu Islam hari ini berikutan kecewa dan mengutuk keras kebiadapan beberapa individu dan Hindraf yang jelas cuba menggugat keamanan negara.

“Perjumpaan ini bukan untuk menzahirkan permusuhan dan kebencian dengan masyarakat India dan Hindu serta lain-lain bangsa.

“Perjumpaan ini berslogankan ‘Melayu Bangkit’ untuk memperingatkan dan memberi amaran keras kepada individu bernama P.Waythamoorthy dan Hindraf serta mereka yang berperangai seperti Waythamoorthy supaya jangan menyentuh hak Islam dan Melayu kerana dibimbangi sejarah hitam 13 Mei 1969 berulang,” kata Ketua Sekretariat Bertindak, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Antara NGO Melayu Islam lain ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pembela Islam di Kelab Sultan Sulaiman.

Sabtu lalu, P.Waythamoorthy menjadi bualan hangat apabila beliau dalam satu kenyataan mengatakan Hindraf mahu mengadap Raja Perlis untuk meminta Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipecat ekoran “puisi pagi Jumaat” beliau yang didakwa menghina dan menyinggung perasaan penganut Hindu serta mempertahankan Zakir Naik.

Perkasa dan Asri merupakan antara NGO serta agamawan yang lantang mempertahankan Zakir Naik, malah menjemputnya menyampaikan khutbah Jumaat di Perlis awal tahun ini.

Sebelum ini, Hindraf juga mempolitikkan isu status penduduk tetap (PR) yang diberikan kepada pendakwah kontroversi itu.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap individu dan pertubuhan yang bersifat rasis.

“Kalau kerajaan tidak pandai bertindak, Malaysia majoriti penduduk Islam mesti mendahului kepentingan rakyat majoriti.

“Apa yang dituntut Hindraf ini terutama hal agama seperti sama dengan agama lain. Islam adalah agama majoriti di sini. Masyarakat bukan Melayu perlu tahu, ada kumpulan seperti Hindraf bercakap tentang hak asasi, tetapi untuk kita tidak boleh,” kata Ibrahim.

Dalam pada itu, Khairul Azam turut mendesak kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan ramai individu dan NGO bukan Islam yang tidak menghormati Islam.

“Sekiranya ISA dikembalikan, saya yakin kerajaan dapat tangani dan tangkap golongan ini supaya tidak merebak. Kita juga menyeru masyarakat India menjauhi kumpulan ini demi menjaga keharmonian negara,” katanya.

Selain itu, Bertindak juga berhasrat mencabar pemberian taraf kewarganegaraan kepada individu bukan Melayu antara 1957 hingga 1970 di mahkamah.

Ini kerana kata Khairul Azam, taraf kerakyatan hanya akan diberikan kepada pemohon selepas mereka mengangkat sumpah taat setia seperti termaktub dalam Jadual Pertama Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa kajian menunjukkan prosedur itu tidak dilakukan pada 1957 hingga 1970 ketika memberi taraf kerakyatan kepada 1.75 juta orang bukan Melayu.

“Ini berlaku pelanggaran terhadap proses kewarganegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Oleh itu, kami meminta diberikan ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian taraf kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang pernah diberikan. Ini adalah satu peruntukan undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita nak minta biar mahkamah tentukan,” kata Khairul Azam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *