Ibu Hamil Disifatkan Mengada-Ngada Kerana Loya dan Muntah

20/04/2017 – Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk loya dan muntah-muntah. Ramai wanita menghabiskan minggu-minggu pertama kehamilan dengan rasa tidak sihat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.

Mabuk hamil ialah masalah yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan. Tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza kepada setiap wanita. Ada yang mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.

Tetapi ramai para suami yang tidak memahami tentang simptom yang dialami oleh isteri mereka. Malah, para suami menyifatkan itu semua hanya sifat mengada-ngada isteri. Malah ada para ibu hamil dihina dan dimarahkan kerana perkara itu. Kisah Aisya yang dikongsi di 9bulan10hari mendedahkan dia pernah diherdik dan dihina suami kerana mengalami muntah-muntah ketika hamil.

“Saya sedang hamil 8 minggu. Saya alami loya muntah yang sangat teruk. Haritu mertua saya ajak keluar makan, saya cakap tak nak sebab saya betul-betul rasa lemah & tak boleh bau makanan. Diorang paksa saya & saya pun ikut.”

“Masa diorang hidang satay tu, saya betul-betul tak mampu nak tahan & termuntah atas meja. Suami saya jerit “kau ni selfish tak tahu hormat orang tak nampak ke orang nak makan.”

“Sedih saya terkedu kat situ, tak ada orang pujuk. Adik-adik ipar pulak ketawakan saya, sedih sangat. Saya bukannya nak muntah kat situ tapi tak tahu kenapa saya loya sangat dengan bau-bau makanan ni. Masa itu saya sedih sangat, sedih sebab suami sendiri tak faham saya.”

“2 hari lepas saya bagi suami saya dengar nasihat Ustaz Don, Doctor Fidak, Bidan & akak dalam buku & video dokumentari 9bulan10hari tu dengan harapan dia faham kesusahan yang saya lalui masa pregnant ini dan bukannya mengada ngada.”

“Alhamdulillah baru suami saya mula faham sikit-sikit. Kalau sebelum ini saya bagi tahu dia tak layan pun. Paling best suami saya bagitahu keluarganya yang saya muntah loya sebab pembawakan anak dan semua perlu hormati perasaan saya. Terus rasa macam disayangi semua. Syukur Ya Allah.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *