Iran keluarkan senarai akhir calon Pilihanraya Presiden

Kementerian Dalam Negeri Iran telah mengeluarkan senarai akhir calon-calon yang layak untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang akan datang.

Seramai 6 calon telah disenarai pendek daripada sejumlah 1,600 calon yang mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan presiden beberapa hari yang lalu.

Menurut jurucakap Majlis Pemilihan Abbas Ali Kadkhodaei sesi akhir untuk memeriksa kelayakan calon-calon pilihan raya telah diadakan semalam dan mencapai kata sepakat selepas lima hari berusaha untuk menyenarai pendek calon-calon akhir.

Calon-calon yang layak bertanding akan dibenarkan memulakan kempen pilihan raya sehingga 18 Mei depan dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Iran itu hari ini.

Manakala bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan pembantunya Hamid Baqaei hilang kelayakan.

Awal bulan ini, jurucakap Badan Kehakiman Iran berkata tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Ahmadinejad dan Baqaei berkenaan dengan pelanggaran pentadbirannya tiada keputusan yang dibuat saat akhir.

Bercakap kepada pemberita pada 16 April, Gholam Hossein Mohseni-Ejei berkata tindakan undang-undang telah difailkan terhadap Ahmadinejad atas kapasiti Presiden dan belum membawa kepada sebarang keputusan.

Calon-calon Presiden yang terpilih :

1. Aqa-Mirsalim adalah ahli Majlis Dewan Penentu Maslahat (Majma’ Tashkhis Maṣlahat Nezam). Dia pernah menjadi pembantu kanan kepada mantan Presiden Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, dan mantan Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam serta mantan penjaga Pejabat Presiden.

2. Hashemi-Taba adalah naib presiden di bawah mantan Presiden Ayatollah Akbar Hashemi Rafsanjani dan Mohammad Khatami, mantan menteri Industri, dan bekas ketua Pertubuhan Sukan.

3.Jahangiri yang kini berkhidmat sebagai naib presiden yang pertama, pernah menjadi menteri Perlombongan dan Logam di bawah Khatami, Gabenor Isfahan, dan ahli parlimen.

4. Qalibaf adalah Datuk Bandar Tehran, adalah mantan komander Tentera Udara Iran Pengawal Revolusi Islam Iran, mantan ketua polis negara, dan mantan komander Khatamul Anbiya’ Pertahanan Udara Iran.

5. Raeisi adalah ketua penjaga untuk wilayah Quds Rezavi, organisasi yang menguruskan hal ehwal makam suci Imam Reza (as), imam kelapan mazhab Syiah, di kota Mashhad. Selain itu, beliau juga menjalankan fungsi sebagai Peguam Negara Mahkamah Pentadbiran Kehakiman Iran .

6. Rouhani adalah presiden Iran sekarang, adalah ahli majlis Dewan Penentu Maslahat dan juga ahli majlis Dewan Pakar (Majlis-e Khobregon. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen dan ketua majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.

Calon-calon yang layak itu boleh memulakan kempen pilihanraya mereka sehingga jam 8:00 pagi pada 18 Mei  akan datang, seperti dilapor Kementerian Dalam Negeri Iran.