Isteri Harus Bertimbang Rasa Dan Memahami Keperitan Suami

21/04/2017 – Hidup berumah tangga ini bukan saja tentang sepasang suami isteri yang disatukan semata-mata. Tetapi, perlu wujud sikap bertolak ansur dan bantu membantu untuk membahagiakan lagi hubungan.

Apabila sudah berkahwin sahaja, ramai para isteri yang memikirkan bahawa suami perlu menggalas tanggungjawab nafkah 100%. Segala perbelanjaan rumah, keperluan dan kehendak isteri perlu diberikan oleh suami. Sebenarnya isteri haruslah bertimbang rasa dan memahami keperitan suami.

Janganlah terlalu mengharapkan nafkah dari suami sehingga tidak mahu membantu suami. Tidak salah isteri juga membantu suami, sama-sama melengkapkan hidup.

Itulah yang dikongsikan isteri yang dikenali sebagai Salwa. Sama-sama bantu suami dan tidak berkira dengan suami. Namun begitu, jika niat membantu isteri itu telah diambil kesempatan oleh suami, janganlah pula para isteri tetap mahu menanggung derita dan menanggung suami yang culas.

“Aku wanita, isteri, ibu, anak perempuan dan juga pekerja berusia 30an. Kebelakangan ini banyak kisah-kisah rumah tangga lalu di newsfeed aku dan banyak jugak komen yang aku baca yang aku rasa boleh menjatuhkan martabat wanita.”

“Kehidupan orang berbeza-beza dan mereka ada hak untuk hidup dengan cara mereka. Sebagai manusia, kita dikurniakan akal untuk berfikir. Sebagai wanita, jangan lah menjatuhkan maruah golongan wanita dengan tak habis-habis melaungkan isu nafkah. Ya, nafkah tanggungjawab suami, tapi tahukah kita apa nafkah yang kita berhak dari suami? Apa yang suami betul-betul wajib tanggung, dan tak wajib tanggung? Tahukah kita kemampuan suami kita. Sudahkah kita habis mempelajari dan mengkaji perbincangan para ulama tentang nafkah? Tahukah anda suami tak wajib bagi nafkah untuk isteri yang nusyuz? Tak dinafikan memang banyak kes suami tak bertanggungjawab, tapi carilah saluran yang betul untuk mencari keadilan. Jangan berterusan menderita atau menanggung suami yang culas.”

“Dilahirkan wanita bukan untuk menjadi golongan yang lemah. Jangan gunakan alasan nafkah untuk kita dapatkan pakaian-pakaian fashion terbaru, tudung moden, bertukar bag tangan sebab itu kemahuan, bukan keperluan asas. Jika ada tenaga dan tubuh badan yang sihat, tak salah kita minta izin dengan suami untuk keluar bekerja.”

“Atau suami kata dia mampu untuk sediakan semua kemahuan-kemahuan naluri perempuan kita yang berlebihan itu. Kalau dapat suami yang tak bagi kerja, duit poket pun tak ada berbincanglah baik-baik. Dulu korang juga yang agree nak kahwin dengn dia. Sebelum kahwin bincang dulu, ada jugak yang aku nampak, suami tak kisah isteri keluar bekerja. Tapi isteri pulak tak mahu kerja, nak duduk rumah layan anak-anak katanya, tapi dalam masa yang sama mengadu tak cukup duit nak ikut jiran-jiran beli tudung fashion terkini.”

“Untuk wanita yang bekerja itu, bertimbang rasa lah. Memang suami wajib sediakan semua dalam rumah. Tapi sebagai wanita, tak ada rasa nak membantu suami dalam membesarkan anak-anak ke? Tak rasa bangga ke anak kita membesar dengan titik peluh kita jugak? Ada yang claim duit minyak dia pergi kerja pun suami wajib tanggung.”

“Tapi kalau anda tak pergi kerja, suami tak perlu kan nak keluarkan duit minyak anda? Kalau anda tak pergi kerja, suami tak perlukan keluarkan duit nursery anak? Tak perlukan nak bayar pembantu rumah untuk uruskan rumah? Jadi apa salah hasil kerja kita itu, kita share dengan suami untuk urusan rumah dah anak-anak.”

“Ya, memang ini common practice pun untuk majoriti rakyat Malaysia dengan ekonomi sekarang ini, tapi jangan terkejut ada saja wanita yang masih lagi harap suami tanggung segala benda termasuk hutang kereta dan minyak kereta dia pergi kerja atas dasar nafkah. Duit gaji dia untuk simpanan dia sahaja, macam yang biasa kita baca komen di media sosial. Sedarlah wanita.”

“Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang memahami dengan pendapatan yang agak tinggi. Dia mampu saja untuk bayar segala keperluan dalam rumah dan untuk anak2, dan bagi duit bulanan ke ibu bapa aku masa aku tak bekerja ikut dia berhijrah. Rezeki Allah aku dapat kerja di negara yang sama. Selepas dapat kerja aku berkeras untuk bayar gaji maid, dan contribute untuk activity luaran anak-anak macam latihan music dan renang.”

“Barang-barang dapur, utilities dan rumah suami yang bayar. Kalau makan di luar, kami gilir-gilir bayar. Aku faham dia pun ada target saving yang nak di capai, macam aku juga. Saving kami pun untuk masa depan kami dan anak-anak. Jadi tak salah untuk kami berkongsi rezeki, sebab dia pun berkongsi tenaga untuk buat kerja-kerja rumah dan jaga anak waktu aku kena kerja lebih masa.”

“Sebelum aku kena kecam nak cakap riak ke apa-apa, aku bukan nak riak, tak ada siapa pun kenal aku atau suami di sini. Cumanya nak bukak mata sesetengah wanita yang rigid dalam nafkah. Tapi bab lain tak ikut agama pula, macam kutuk suami sendiri di media sosial. Sekian.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *