Jabatan Perkhidmatan Verterinar selesai lakukan Operasi basmi H5N1

PUTRAJAYA: Operasi pemusnahan unggas dan telur telah selesai dilaksanakan di kesemua 36 lokasi yang disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan di Kelantan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata operasi yang selesai semalam membabitkan jajahan di Kota Bharu (15 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Tanah Merah (satu), Bachok (enam) dan Pasir Puteh (tiga) melibatkan 51 premis.

“Jumlah pelupusan adalah sebanyak 56,953 ekor ternakan unggas dan 17,531 biji telur,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

Jelasnya tiada lokasi baharu yang disahkan positif virus selesema burung tersebut dan tiada pengesanan jangkitan baharu selama 11 hari sehingga Sabtu.

Namun, katanya orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat veterinar yang terdekat jika ada apa-apa kejadian kematian ayam.– Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *