Jaden Smith Kemaruk Nak Jadi Bintang K-Pop

Anak lelaki Will Smith, Jaden Smith yang juga merupakan rapper dan pelakon nampaknya nekad ingin bergelar bintang K-pop bahkan bakal debut beberapa bulan akan datang.

Kemaruk sungguh nak bergelar bintang K-pop, dah kenapa agaknya?
Melalui tweet-nya yang terkini, Jaden menyatakan dia bakal mengeluarkan single K-pop tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama Jaden Smith menunjukkan minatnya yang mendalam dalam dunia seni K-pop kerana sebelum ini dia telah tweet hasratnya mahu menjadi bintang K-pop pada tahun 2017.

Selain itu, Jaden juga menjadikan G-Dragon sebagai inspirasi selepas kedua-dua mereka bertemu di Paris tahun lepas.
Nampaknya, si Jaden ni memang nekad nak jadi K-Pop Star. Sama-samalah kita nantikan single dari Jaden nanti.
Nak tahu juga, Jaden boleh berbahasa Korea ke? – hc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *