Jalan Pintas Jalan Changkat Jong ke Jalan Padang Tembak Memudahkan Penduduk

TELUK INTAN – Pembukaan jalan pintas Jalan Changkat Jong ke Jalan Padang Tembak yang dinanti-nantikan penduduk setempat selepas enam tahun akhirnya dibuka secara rasminya hari ini.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pengarah JKR Negeri, Datuk Jamilul Nasir Saad berkata, jalan yang akan siap sepenuhnya 26 April depan dengan kos keseluruhan RM25 juta itu dibuat secara berperingkat mengikut fasa.

Menurutnya, fasa pertama melibatkan kerja-kerja tanah, fasa kedua kerja pembinaan melibatkan persimpangan jalan Changkat Jong dan persimpangan Kampung Banjar.

“Manakala fasa ketiga melibatkan pembinaan jalan 1.9 kilometer bagi menghubungkan persimpangan Jalan Changkat Jong dan jambatan,” katanya ketika sesi taklimat pembinaan laluan itu pagi tadi.

Beliau berkata, projek laluan alternatif dan jalan pintas ini dapat mengurangkan kesesakan terutama ketika waktu puncak bagi trafik yang menghala ke pekan Teluk Intan. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *