Jangan Terlalu Baik Dengan Jiran, Tak Semua Jiran Baik Hati

19/04/2017 – Memang tidak dapat dinafikan hidup berjiran memang tidak dapat diduga siapa yang akan menjadi jiran kita. Jika boleh dipilih pasti semua orang mahukan jiran yang baik.

Kebaikan yang dilakukan keluarga ini pada jirannya telah diambil kesempatan. Malah, jirannya pula seperti mula mengatur seluruh pergerakan keluarga. Janganlah menjadi jiran yang dibenci oleh jiran lain. Jika kita dalam keadaan susah, orang terdekat yang dapat membantu kita hanyalah jiran terdekat.

Cerita ini agak panjang tapi aku akan usahakan pendekkan. Aku mula rasa orang sebelah rumah aku ini lain mcam sejak mula-mula dia datang melawat rumah kami. Masa dia masuk saja rumah kami, dia terus cakap dekat ayah aku “ana nak buat lagi besar dari yang ini” dia bahasakan diri dia ana. Orang alim kononnya sambil dia tunjuk sekeliling rumah kami. Dari depan rumah sampai ke hujung dapur, semuanya dia nak buat lebih dari kami katanya. Tapi akhirnya indah khabar dari rupa.

Mula-mula hidup berjiran dengan dia, kami agak rapat. Hubungan dengan orang sebelah rumah makin rapat apabila ayah aku minta tolong dia hantarkan aku sekolah. Kebetulan anak dia juga sekolah sekali dengan aku. Ayah aku bagi upah untuk hantar aku sahaja RM60.

Itu bab sekolah bab mengaji. Orang sebelah rumah aku ni ustaz katanya. Dia yang bahasakan diri dia ustaz. Tapi aku rasa tak layak dia dapat title ustaz. Kenapa? Mula-mula mengaji dulu memang okay. Bila lama-lama mula perangai sebenar dia keluar. Tak ramai pun mengaji dengan dia. Kami 3 beradik pastu anak-anak dia.

Yang aku menyampah sangat bila dia puji anak-anak dia pandai mengaji. Lepas itu perlekehkan kami 3 beradik. Pernah sekali dia ajarkan aku niat mandi hadas yang betul. Lepas itu dia cakap “ini baru niat mandi hadas, belum lagi cara-cara nak puaskan suami ketika kita haid” sambil dia senyum-senyum dengan aku.

Korang bayangkan dia cakap macam itu dengan budak 15 tahun? Gila! Lepas itu aku dah takut nak dekat dengan dia. Takut nak cakap dengan dia, nak tengok muka dia lagi aku seram. Tapi aku diamkan saja tak berani nak cerita kat mama ayah aku.

Bila habis mengaji selalunya kami akan salam dengan dia. Aku pun tak faham kenapa kami salam dengan dia. Mungkin masa itu budak-budak tak tahu apa-apa. Masa kami salam dengan dia itu, tiba-tiba lepas salam dengan adik aku, dia tampar punggung adik aku. Pastu gelak kononnya melawak kami 3 beradik semua perempuan. Setiap kali salam ada jugak dia buat tak mahu lepas, tersengih-sengih.

Lepas itu kami dah tak rapat. Ayah aku pun malas nak layan orang yang kononnya baik tapi pandai ambik kesempatan. Kami dah jarang bertegur. Tiba-tiba suatu hari masa itu ayah aku balik rehat kejap kat rumah. Bini nya kata, mama aku hasut budak jangan datang mengaji rumah mereka. MasyaAllah.

Sebenarnya budak itu yang tak nak mengaji dengan mereka dah. Budak pun tak tahan mengaji situ. Rupanya bila mama ayah aku dah balik kerja, bini nya keluar lagi sekali serang mama aku pula. Mama aku bukan seorang yang lembut. Tak suka bergaduh apatah lagi nak menghasut orang. Tapi disebabkan bininya sakan mengata family kami, perang mulut juga petang tu.

Yang paling aku ingat, dia ungkit aku pernah makan nasi lemak 60sen kat rumah dia dulu. Kalau aku tau dia mengungkit sampai mcm ni, aku rela berlapar tunggu ayah aku balik kerja haritu.

Sejak kejadian itu, ayah aku dah simen kan penuh parking rumah kami. Tak ingin mengadap muka mereka lagi. Selepas ayah aku meninggal, ingat kan dah habis drama orang sebelah rumah ni. Rupanya lagi “naik tanduk” malam tu aku dah dengar bunyi bising depan rumah.

Tiba-tiba aku nampak tong sampah kami dah ada nun jauh di depan sana. Aku dah syak ini kerja siapa aku tarik tong sampah pelan-pelan masuk rumah. Sabar aku dah sampai had nya. Mengamuk aku bagai dirasuk syaitan! Apa nak jadi, jadi lah! Muncul bapak nya berjalan kaki balik dari surau. Dalam hati, “baguslah, bapak balik dari surau, anak jadi setan kat rumah”

Bapaknya kata tong sampah kami busuk. Di suruh nya kami simpan tong sampah kat dalam. Angin selalu tolak bau tong sampah tu sampai rumah dia. Gila ka apa orang itu ni? Nama pun tong sampah. Tak kan nak bau kasturi pulak? Pastu anak lelakinya pun datang tendang pagar rumah mereka.

Anak jantan dia warning kami jangan kurang ajar sangat. Sebab kami sekarang ini dah tinggal semua perempuan. Akhirnya, kami masuk dan biarkan orang gila melalak di luar. Jangan di layan orang macam ni. Dengan kita sekali gila!

Nasihat aku, jangan terlalu baik dengan orang. Jiran tak semua hati baik macam kita. Yang pandai agama, alim, muka baik, orang surau, belum tentu hati nya bersih. Kalau orang dah ambik kesempatan atas kebaikan kita, pergilah dari hidup dia. Kau pun layak bahagia, fikirkan hati kau dulu sebelum hati orang lain.

Jika perempuan, elakkan mengaji dengan ustaz. Sebaiknya cari ustazah yang berpegalaman. Tak kira muda atau tua. Macam pengalaman aku, kadang budak tak berani nak cakap dengan parents. Sebab mereka tidak rasa apa-apa dan percaya dengan ustaz mereka. Rajinlah bersembang dengan mereka. Selalu tanya ada apa-apa yang tak kena..

Semoga perkongsian ini menjadi ikhtibar kepada semua. Maaf andai ada ayat yang agak kasar. Sejujurnya aku menulis dari hati. Ingat, yang alim, yang baik itu belum tentu semuanya betul-betul ikhlas. Hati-hati. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *