Jangan Terlalu Mudah Ucapkan Perkataan Cerai Didalam Perkahwinan

21/04/2017 – Pasangan suami isteri sekarang amat mudah mengungkapkan perkataan cerai. Bila bergaduh saja walaupun hanya perkara kecil, pasti akan ada ucapan ‘kau ceraikan aku’.

Sering kali individu yang terlalu mudah ungkapkan perkataan cerai dalam perkahwinan ini adalah para isteri. Ucapan cerai ini sering diucapkan para isteri tanpa memikirkan masa depan.

Perceraian juga makin mudah berlaku dan meningkat kerana ramai pasangan muda-mudi masa kini yang kurang memahami maksud sebenar hidup berkeluarga.

Sebelum mengambil keputusan untuk bercerai, pasangan suami isteri haruslah cuba dahulu untuk menyelamatkan masjid yang telah dibina.

Antaranya adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling. Apabila rumah tangga semakin goyah, sepatutnya pasangan mencari pihak professional atau berpengalaman dalam bidang kaunseling rumah tangga, dengan itu masalah lebih cepat diatasi.

Jika sudah mendapat kaunseling masih tidak dapat menyelesaikan masalah. Pasangan suami isteri boleh mengambil keputusan untuk ‘berpisah sementara’. Perpisahan sementara ini di lihat sebagai jambatan yang boleh membaiki hubungan suami isteri dan bukannya untuk menghindari masalah dan persoalan

Didalam isu rumahtangga, peranan suami dalam mendidik isteri dan anak-anak adalah sangat penting. Jika di didik dengan betul, kemungkinan besar kes perceraian boleh berkurangan. Sayangilah hubungan kekeluargaan, peliharalah hubungan yang sudah direstui Illahi.

Jangan mudah melatah dengan masalah kecil, bahkan sama-sama mencari jalan penyelesaian bukan mencari jalan singkat yang akan memberi kesan dikemudian hari.

Walau apapun faktor atau penyebab keputusan cerai itu diambil. Perlulah ingat dalam Islam bahawa Allah amat membenci perceraian. Jadi seboleh-bolehnya, elakkan daripada melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *