Jepun undurkan tentera dari Misi PBB di Sudan

NAIROBI: Jepun hari ini mula mengundurkan tenteranya dari misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam peperangan di Sudan Selatan, menurut seorang pegawai.

Langkah itu diambil berikutan peningkatan keganasan dalam konflik yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Kontinjen tentera Jepun seramai 350 anggota yang berpangkalan di ibu negara Sudan Selatan, Juba sejak lima tahun lalu kebanyakannya membantu dalam pembinaan infrastruktur negara itu.

“Kumpulan pertama akan meninggalkan negara itu hari ini, “kata jurucakap Misi PBB di Sudan Selatan (UNMISS), Daniel Dickinson kepada Reuters.

Dickson berkata kontinjen Jepun akan berlepas dalam tiga kumpulan dan kumpulan yang sepatutnya berlepas hari ini terdiri daripada 68 anggota.

Keganasan berlatarkan kebencian etnik itu melanda Sudan Selatan sejak 2013 ketika pertempuran tercetus antara tentera yang setia kepada Presiden Salva Khir dan musuh politiknya Riek Machar yang dipecat ketika menjadi naib presiden.

Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *