Jika Ingin Bahagia, Hindari Wanita Seperti Ini

21/04/2017 – Dalam menjalinkan hubungan, kekecewaan biasalah akan dirasai oleh ramai orang. Sakit hati dan patah hati apabila hubungan yang terjalin tidak berpanjangan.

Oleh kerana itu, penting untuk memilih pasangan yang benar-benar tepat. Jangan memilih pasangan hanya kerana cantik, kaya atau bijak.

Sebelum memilih pasangan yang betul, beberapa perkara penting yang perlu lelaki ketahui adalah menjauhi sesetengah wanita. Ini antara sebab lelaki perlu menjauhi sesetengah wanita seperti ini jika ingin bahagia.

Pertama, wanita yang rasa boleh mendapatkan semua milik lelaki. Wanita yang berfikir boleh mendapatkan apa yang dimiliki lelaki dengan mudah hanya dengan berkahwin adalah jenis yang suka memanfaatkan. Mereka berfikir untuk apa bekerja, jika segala wang dan harta suami boleh dimiliki.

Kedua, ada persepsi negatif tentang perkahwinan. Tidak semua orang mempunyai persepsi baik tentang perkahwinan. Ada wanita menganggap perkahwinan sebagai tempat menyelamatkan diri dari kejamnya dunia. Wanita yang hanya ingin mendapatkan kesenangan sahaja dalam perkahwinan dan tidak mahu berjuang sebaiknya ditinggalkan.

Ketika, pernah curang. Ini sangat jelas, untuk apa berkahwin dengan wanita yang tidak setia. Jika belum berkahwin dia sudah berani bermain dengan lelaki lain, bagaimana jika sudah berkahwin? Apabila anda mengetahui wanita itu curang, jangan fikir panjang, segeralah tinggalkan dia.

Apapun, sebenarnya tidak salah untuk memilih pasangan sebelum bernikah. Kerana setiap pasangan pasti mahukan rumah tangga yang terbina itu berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jika tersalah pilih pasangan, pasti akan berlaku perceraian. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *