Jika Tak Bersalah, Zairil Harus Buat Laporan Polis

20/04/17 – Akhirnya, setelah sekian lama bermain teka-teki yang tak berapa nak teka-teki sangat tu, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari bersuara berhubung penyebaran beberapa keping gambar ‘comolot’ sambil berpelukan mesra dengan seorang wanita.

Dah macam-macam kontroversi yang dikaitkan dengan Zairil dan seorang wanita sama di dalam gambar yang tersebar. Difahamkan wanita dalam gambar yang dimaksudkan adalah pemimpin muda DAP, Dyana Sofya.

Namun apa yang menghairankan, kalau betul individu dalam gambar ‘comolot’ yang tersebar di media sosial itu bukan Zairil seperti yang dinafikannya itu. Habis kenapa tak buat je laporan polis? Kononnya kata Zairil, gambar tu palsu dan sengaja di sunting bagi memburukkan dirinya.

Itu kata Zairil, dia bertindak menafikan individu dalam gambar tersebut adalah dirinya. Namun bagi Dyana Sofya, wanita itu tidak berkata apa-apa. Namun dia tidak mengesahkan individu yang tengah ‘comolot’ dengan Zairil itu adalah dirinya, dan tidak juga menafikan.

Dyana hanya berkata netizen tidak berhak untuk mencerobohi privasi dirinya meskipun jika benar individu dalam gambar itu adalah dirinya. Maknanya ikut suka dia la nak ‘comolot’ ka nak minum arak ka sebab itu adalah hak dan privasi dirinya.

Hurmmm… Sebelum ni tersebar dua rakaman video pasangan kekasih yang sedang ghairah menari berpelukan di sebuah kelab malam, pasangan tersebut juga mirip wajah Zairil dan Dyana. Macam biasa, dorang turut menafikan individu dalam video tersebut adalah mereka berdua.

Hairan, dah banyak kali berlaku tapi dorang takde pulak nak ambil tindakan apa-apa, hanya berdiam diri. Geng DAP pulak kunci mulut rapat sebab takut kena hentam. Pelik! Kalau betul itu bukan dorang dan ianya hanya fitnah, jadi kenapa dorang tak buat laporan polis?

Kalau betul gambar itu palsu dan disunting seperti yang diperkatakan oleh Zairil, jadi kenapa tak buat laporan polis je? Apesal macam nak buat senyap je? Tak kan pelanduk dua serupa sampai banyak kali kot! – TiraGomez/UtaraNews.com