Julia Roberts Wanita Paling Cantik Dalam Dunia 2017

Aktress terkenal Hollywood Julia Roberts sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017 menerusi edisi tahunan majalah People.

E! Online melaporkan penghargaan itu adalah kali kelima diterima oleh pelakon filem Pretty Woman itu sepanjang karier seninya.

Kali pertama Julia menerima gelaran wanita tercantik dunia adalah pada tahun 1991 dan ketika itu dia baharu sahaja berusia 23 tahun.

Julia turut menerima penghargaan sama untuk tiga lagi edisi tahunan majalah People iaitu pada 2000, 2005 dan 2010.

Edisi tahunan majalah People menamakan Julia Roberts sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017.
Mengulas mengenai perkara itu, Julia berkata, ia adalah diluar jangkaan namun dia berterima kasih.

“Saya sangat terharu,” katanya yang juga pernah memenangi trofi Aktres Terbaik pada 2000 menerusi lakonannya dalam filem Erin Brockovich.

Julia yang berkahwin dengan Danny Moder mempunyai tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar, Phinnaeus dan Hazel, 12, dan Henry berusia 9 tahun. – ms