Kasut Buatan Malaysia Mendapat Sambutan Hangat Di Rusia

PETALING JAYA – Eksport kasut buatan Malaysia ke Rusia meningkat sehingga 3000% dalam tempoh 2 tahun lalu.

Kadar pengeksportan kasut buatan Malaysia ke Rusia dari 2014 hingga 2016 mencecah RM42.478 juta atau meningkat sebanyak 3064.79%.

Pengerusi Persatuan Pengilang Kasut Malaysia, Tony Ting dipetik Nanyang Siang Pau berkata, pengimport Rusia membuat tempahan besar selepas mendapati kasut buatan Malaysia murah, cantik dan jauh lebih berkualiti daripada negara lain.

Akhbar itu melaporkan Rusia mempunyai 143.43 juta penduduk dan kasut merupakan pasaran ke-3 terbesar selepas makanan dan pakaian, dengan jumlahnya mencecah RM54.9 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama 2016.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, selain Rusia, jumlah eksport kasut buatan Malaysia ke negara lain turut mengalami peningkatan mendadak.

“Walaupun kemerosotan nilai ringgit boleh merangsang pengeksportan, tetapi secara keseluruhan, tukaran mata wang bukan satu-satunya faktor, contohnya eksport ke Korea Selatan dan England naik lebih 4 kali ganda dan 2 kali ganda dalam tempoh 2 tahun.”

Selain Rusia, kasut buatan Malaysia yang dieksport ke Korea Selatan meningkat 468% atau mencecah RM25.61 juta, England (RM43.91 juta atau 283%), Jepun (RM18.79 juta atau 88.96%), Emiriyah Arab Bersatu (RM38.73 juta atau 79.56%), Vietnam (RM29.15 juta atau 46.43%), Indonesia (RM46.31 juta atau 23.85%) dan Singapura (RM254.6 juta atau 13.27%). – fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *