Kediaman Mewah Milik Shah Rukh Khan Ibarat Istana

Ibarat sebuah istana! Itu diskripsi yang menerangkan kediaman mewah milik Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.

Terletak di pesisir pantai Laut Arab di daerah Mannat, India, ia antara lokasi wajib singgah peminat fanatik Shah Rukh setiap kali berkunjung ke lokasi ini sebenarnya.

Jika bernasib baik, anda akan berpeluang untuk bertemu dengan bintang filem itu sendiri.

Faktanya, kediaman enam tingkat itu dilengkapi dengan halaman yang luas serta ruangan olahraga termasuk gelanggang tinju.

Malah, rumah itu juga turut dilengkapi ruang rehat keluarga, ruang tamu, perpustakaan, gimnasium, ruang hiburan dan tempat parkir bawah tanah.

Sementara bahagian dalam rumah bertingkat ini dihiasi berbagai seni reka dalaman yang unik dan perabot mewah yang direka secara khas.

Kredit harus diberikan kepada isteri Shah Rukh, Gauri Khan yang merupakan seorang pereka dalaman terkenal di India.

Sentuhan dan penambahbaikan ala era Victoria yang dilakukan wanita itu benar-benar mengagumkan!

Jom kita lihat kediaman mewah Shah Rukh dari sudut lebih dekat. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *