Kehilangan Wanita Dalam Hutan Kampung Stass Masih Jadi Misteri

BAU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Selasa menjumpai sarong, seutas gelang tangan dan ubat darah tinggi di dalam hutan, kira-kira dua kilometer dari Kampung Palaman Bo’ow, di mana seorang wanita warga emas dipercayai hilang sejak Ahad lepas.

Bagaimanapun sehingga SAR hari keempat pada Selasa ditangguhkan pada pukul 6 petang semalamwanita berusia dikenali sebagai Rigek Anak Moseng, 73, dari Kampung Stass, Bau masih belum ditemui.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii berkata ketiga-tiga barangan berkenaan disahkan milik mangsa oleh anggota keluarganya.

Sementara itu, operasi mencari dan penyelamat (SAR) pada Selasa terpaksa dihentikan dan akan disambung pukul 7 pagi ini.

Katanya, lokasi pencarian hari ini dibahagikan kepada dua kumpulan, di kawasan Pelaman Bo’ow dan Kampung Sebobok.

“Maklumat daripada saksi sekitar mengatakan ada melihat mangsa di lokasi terakhir berkenaan pada 31 Mac 2017, yang jaraknya enam kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB),” katanya.

Operasi mencari melibatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau diketuai Ketua Balai Ebby Hirwandy Sarbini, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Penyelamat Malaysia dan 47 penduduk kampung. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *