Kenapa Abby Abadi Tak Bersuara Menentang Maksiat Dalam DAP?

20/04/17 – Mana dia Abby Abadi bila geng-geng Islam dalam DAP dok buat maksiat secara terbuka dok minum air kencing setan, dok comolot dan berfoya-foya penuh ghairah di kelab malam? Bisu terus ka atau terus buta mata dan hati tak nampak maksiat yang dorang tengah buat?

Sebelum ni bukan main lagi bantai PAS pungpang pungggpanggg, kononnya PAS ni tak berakhlak sebab menolak kerjasama dari DAP dan Pakatan Harapan. Sampai sanggup puja dan memuliakan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, kononnya dorang lebih berakhlak dari PAS kerana bersungguh-sungguh menjaga amanah rakyat Pulau Pinang.

Tuduh pula yang PAS ni dah lari dari perjuangan Islam setelah kematian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Fitnah PAS kononnya berdrama, kata saja nak tegakkan syiar Islam tapi dok pi bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Bagi Abby Abadi, kalau PAS bekerjasama dengan DAP yang secara terang-terangan menghina dan anti-Islam itu takpe. Tapi kalau bekerjasama dengan UMNO dan BN, artis yang tiba-tiba nak jadi ‘ostajah’ tu kata PAS tak dak akhlak dan lari dari perjuangan Islam.

Haha! Patut la bila Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya yang masing-masing beragama Islam dan berstatus DAP dok comolot dan minum arak di sebuah kelab malam, Abby Abadi merestukan perbuatan berakhlak tersebut.

Abby Abadi langsung tak kata apa dan sepatah habuk pun tak bunyi dan komen mengenai perkara tersebut. Sebelum ni bab kerjasama dengan UMNO bukan main lagi dia bantai! Macam tu la jadinya kalau dah jadi ‘ostajah’ DAP!

Apa sahaja yang dilakukan DAP mesti akan dipandang mulia walaupun comolot kat tempat awam, minum arak, dok menari ghairah, wanita DAP menghisap rokok kat kedai makan dan sebagainya. Bagi Abby Abadi, apa yang dibuat oleh anggota DAP adalah halal walaupun ia sebenarnya adalah haram.

Jadi tak hairan la kalau sebelum ni Abby Abadi pernah kata yang dia tak nampak pun selama ni DAP menghina Islam dan tak kisah kalau DAP menolak hudud sebab dorang bukannya Islam. Hah! Sah la Abby Abadi sekarang dah jadi macai DAP. – TiraGomez/UtaraNews.com