Kenapa Ramasamy Sibuk Halau Zakir Naik, Tetapi Tak Halau Ananda Krishnan?

19/04/2017 – Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy menyifatkan Malaysia tidak sepatutnya memberi pelindungan kepada penceramah kontroversi Dr Zakir Naik yang kini menghadapi beberapan tuduhan di negara asalnya India.

Beliau mendakwa melindungi Zakir Naik daripada “jangkauan undang-undang” memberi imej yang buruk kepada Malaysia.

Apa pun, persoalannya kenapa P.Ramasamy seperti tidak faham perundangan negara dan antarabangsa serta cuba mengambil kesempatan politik diatas kenyataan yang telah beliau buat.

Adakah dengan kenyataan itu beliau seperti mahu menjadi jaguh dalam isu berkaitan pendakwah terkenal itu?

Kenyataan P.Ramasamy boleh disifatkan terlalu menjengkelkan dan cuba memburukkan suasana dengan mencampur adukkan politik bersama provokasi kebencian.

Sehubungan itu, P.Ramasamy diingatkan jangan campur urusan undang-undang antara negara India dan Malaysia jika tidak memahaminya. Bila dijadikan modal untuk kepentingan politik ianya akan menjadi suasana yang tidak sihat.

Dalam masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik tidak dihalang masuk dan tinggal di Malaysia kerana beliau tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai undang-undang antarabangsa.

Pihak KDN berkata Zakir tidak terkandung dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSCR) 1988 dan UNSCR 1267.

Oleh itu, KDN menyatakan bahawa tiada halangan bagi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas kemasukannya kerana tidak melanggar undang-undang negara.

Jelas KDN, JIM hanya menyenarai hitam individu yang dianggap mengancam keselamatan negara berdasarkan maklumat disalurkan agensi penguat kuasa berkaitan.

“Seseorang individu tidak disenaraihitamkan hanya berdasarkan laporan media,” kata KDN.

Zakir disiasat di India kerana dikatakan menyebar kebencian kaum dan menyanjung keganasan. Malah pendakwah terkenal itu juga dilaporkan dikehendaki oleh Direktorat Penguatkuasaan India dalam kes pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, itu semua hanya siasatan dan belum terbukti Zakir didapati bersalah. Justeru, siapa P.Ramasamy mahu mempertikai kehadiran Zakir ke Malaysia?

Sementara itu, ramai penyokong Zakir di Malaysia berpendapat, pendakwah terkenal itu difitnah secara sistematis baik di India mahupun di peringkat antarabangsa kerana penyebaran dakwahnya yang tidak mampu dibidas lawan.

Malah kehadiran Zakir ke Malaysia selama ini pun, beliau belum lagi menimbulkan suasana tegang dan provokasi melampau dalam mana-mana ceramah yang telah dianjurkan.

Selain itu, adakah P.Ramasamy lupa yang hartawan terkenal Ananda Krishnan tauke astro juga sedang menghadapi tindakan perundangan serupa di negara India. Kenapa kerajaan Malaysia tidak hantar saja Ananda Krishnan ke India?

Mengapa P.Ramasamy diam membisu? Adakah beliau terlepas pandang ataupun atas dasar tiada berkepentingan untuk politik beliau?

Oleh demikian, P.Ramasamy disarankan supaya cermin diri beliau sebelum mahu membicarakan masaalah orang lain. Beliau sepatutnya perbetulkan dahulu kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin terbukti melakukan penyelewengan dan korupsi di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng. Adakah P.Ramasamy takut dan risau hilang kuasa untuk bertanya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *