Kentut Depan Pasangan Tanda Hubungan Bahagia

20/04/2017 – Kentut adalah mekanisme alami tubuh yang menandakan bahawa metabolisme kita sihat. Tetapi,tak semua orang berani untuk kentut di depan pasangannya.

Alasannya, peristiwa tersebut dianggap sangat memalukan, pengotor, dan takut jika pasangan terganggu. Padahal, kentut di depan isteri atau suami sebenarnya mempunyai banyak manfaat.

Terdapat sebuah kajian baru-baru ini mendedahkan kentut di hadapan pasangan adalah rahsia atau kunci kebahagiaan dalam perhubungan.

Kentut meninggalkan impak besar dalam sesuatu perhubungan seperti ketika pasangan anda mengucapkan ‘I love you’. Semak 5 sebab kentut mampu mengeratkan lagi perhubungan.

Selesa dengan pasangan. Anda seorang yang tidak akan menyorokkan sesuatu atau berahsia dengan pasangan kerana melepaskan kentut dihadapan pasangan.

Jenis suka bergurau. Hakikatnya kentut membuatkan anda dan pasangan ketawa kerana lucu.

Memori indah bersama. Percayalah, terkenangkan insiden pasangan kentut akan membuatkan mereka ketawa apabila mengenangkannya kembali.

Kentut itu seksi. Tiada yang paling seksi selain dapat menerima baik buruk pasangan termasuk bau kentut. Samalah seperti, melihat teman wanita tidak memakai make up tetapi masih cantik.

Jika tiada kepercayaan, perhubungan akan mula runtuh. Jika anda kentut dihadapan pasangan, secara tidak langsung membuktikan anda tidak takut untuk menyerlahkan diri anda. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *